Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Presiden Myanmar Lawat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Presiden Myanmar, U Thein Sein akan mengadakan lawatan negara ke...

Pelajar 12 Tahun Maut...

GARA-GARA terlalu leka berselfie, seorang pelajar perempuan menemui maut dengan cara amat tragik...

Definisi ‘Gelombang Haba’ Dipersetujui...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menangani El-Nino dan Cuaca Kering pada hari...

Perlu Modal Insan Berkualiti...

KANGAR - Modal insan berkualiti, berkemahiran tinggi dan mempunyai tahap profesionalisme yang...

PJSR Diharap Dapat Bantu Pengaruhi Harga Barangan

PUTRAJAYA – Inisiatif Program Jualan Sentuhan Rakyat (PJSR) yang dilaksanakan kerajaan di seluruh negara diharapkan dapat membantu mempengaruhi penurunan harga barangan di pasaran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata rakyat digalakkan untuk berbelanja di PJSR kerana barangan yang dijual adalah lebih murah berdasarkan harga dari ladang.

“Di PJSR kita mengelakkan penggunaan orang tengah yang biasa menjadi punca harga barangan meningkat. Menerusi kaedah ini kita mengharapkan apabila pasaran menjadi kompetitif harga barangan akan turun,” katanya kepada media selepas pengumuman Indeks Harga Pengguna (IHP) di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau mengumumkan IHP pada Januari 2018 mencatatkan pertumbuhan yang stabil pada kadar 2.7 peratus kepada 121.3 berbanding bulan yang sama tahun lalu iaitu 118.1.

Hamzah berharap pelaksanaan program PJSR dapat menstabilkan harga barang keperluan di pasaran dan seterusnya menurunkan IHP negara pada masa akan datang .


“Malah saya juga sudah mendapat maklumat terdapat kawasan yang harga ayam di sana menjadi begitu kompetitif kerana ada peniaga lain yang boleh jual lebih murah daripada PJSR, “katanya. – BERNAMA

Kategori