Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Dun Baharu Pacu P’bangunan...

KINABATANGAN - Pewujudan sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu di Parlimen Kinabatangan...

Stacy Akui Masih Belajar,...

SELEPAS hampir setahun memeluk agama Islam sebelum mendirikan rumah tangga bersama Akim Ahmad,...

Kontroversi Banglo & Tanah...

GEORGE TOWN - Kontroversi pembelian banglo di bawah nilai pasaran yang menjadi perdebatan...

PRK Balakong: Undi Awal...

SERI KEMBANGAN ā€“ Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan 28 orang pengundi awal daripada...

PKR Gentar Dakwa UMNO Permatang Pindah Undi Polis

GEORGE TOWN – Dakwaan seorang pemimpin PKR di Pulau Pinang mengatakan UMNO Permatang Pauh memindahkan pengundi polis secara haram jelas menunjukkan pemimpin berkenaan kini gentar dengan gerak kerja UMNO membantu rakyat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata dakwaan yang dibuat pemimpin dan parti itu menunjukkan mereka mula ā€˜kecut perutā€™ apabila melihat UMNO bekerja keras tidak kira siang atau malam berbeza dengan wakil rakyat di kawasan itu yang hanya memunculkan diri dua bulan sekali.

“Tidak timbul isu soal pemindahan pengundi polis. Klip rakaman percakapan pemimpin UMNO Bahagian Permatang Pauh itu menunjukkan ketuanya sedang bercakap memberi motivasi dan keceriaan kepada jenteranya.

ā€œProgram itu adalah program dalaman untuk bagi motivasi, bagi keceriaan kepada jentera. Ia strategi kepada pekerja diaā€¦,ā€ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai klip video percakapan berhubung pemindahan pengundi polis itu yang tular di media sosial dan dibangkitkan oleh seorang pemimpin PKR negeri ini.

Semalam, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said dilapor menafikan dakwaan lebih 800 pengundi polis dipindahkan ke kawasan Parlimen itu menjelang pilihan raya umum ke-14.

Mohd Zaidi dilapor berkata rakaman audio yang tersebar di media sosial kononnya UMNO cuba memanipulasi proses pilihan raya hanya sekadar ‘perang saraf’ pilihan raya.


Mengenai tuduhan kerajaan negeri Pulau Pinang yang mendakwa Barisan Nasional (BN) dan kerajaan persekutuan sengaja mensabotaj Pelan Induk Pengangkutan (PIP) negeri ini, Zainal Abidin berkata ia berniat jahat dan tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata kerajaan persekutuan telah membina banyak kemudahan lalu lintas, termasuk Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah walaupun sudah tidak mentadbir negeri ini.

ā€œSelain bina jambatan kedua, kami juga bina jalan-jalan persekutuan yang membantu pengurusan trafik dengan lebih berkesan. Ini lebih baik berbanding PIP kerajaan negeri yang sudah dirancang bertahun-tahun tapi tetap belum mula pun,ā€ katanya. – BERNAMA

Kategori