Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pesawat Aviastar Ditemui, Semua...

JAKARTA - Pesawat Twin Otter milik syarikat penerbangan Aviastar yang dilaporkan hilang di...

Tiada Kes Tembak Tempat...

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang menafikan dakwaan berlaku kes tembakan di tempat...

Lawatan Raja Salman Lenyapkan...

KUALA LUMPUR - Lawatan negara Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al...

Jemaah Malaysia Terkandas Di...

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 800 jemaah dari Malaysia terkandas di Jeddah dan Madinah,...

PM Sambut Baik Kenyataan Robert Kuok

KUALA LUMPUR – Kenyataan taikun dan usahawan Robert Kuok yang beliau menghargai setiap peluang yang diberikan kepadanya sejajar dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa bantuan kerajaan tetap menjadi “anak kunci” yang membuka peluang kepada kejayaan itu.

Setiausaha Akhbar kepada perdana menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata Najib dalam kenyataannya minggu lepas menyatakan bahawa walaupun rajin, berdisiplin dan tekun, bantuan kerajaan tetap menjadi “anak kunci” yang membuka peluang kepada kejayaan tersebut.

“Perdana menteri menyatakan bahawa dasar-dasar kerajaan merupakan kunci yang telah membuka peluang di dalam bidang pendidikan, perniagaan dan pekerjaan yang akan membolehkan individu mencapai kejayaan.

“Beliau mengambil contoh kejayaan Robert Kuok yang menjadi individu terkaya di Malaysia, seorang yang rajin, berdisiplin dan tekun bekerja, yang mencapai kejayaannya setelah mendapat peluang untuk memonopoli perniagaan beras dan gula daripada kerajaan pada suatu ketika dahulu,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Katanya perdana menteri juga menyambut baik kenyataan yang telah dibuat Kuok bahawa beliau menghargai setiap peluang yang diberi kepadanya, selain mengiktiraf sumbangan yang dibuat masyarakat Malaysia dalam pembangunan negara.

Tengku Sariffuddin berkata Kuok juga menyatakan beliau menghargai pemimpin Malaysia yang sepanjang hidup mereka melakukan apa saja yang mampu untuk menyumbang kepada kesejahteraan rakyat negara ini.


“Kejayaan Robert Kuok sebagai usahawan adalah satu cerita kejayaan Malaysia dan ia telah menjadi inspirasi kepada golongan usahawan untuk berjaya,” katanya.

Semalam, Kuok menafikan semua tuduhan yang dibuat sebuah portal terhadapnya dan berkata dakwaan bahawa beliau telah melupai asal usulnya adalah tidak benar sama sekali.

Dalam kenyataan dikeluarkan pejabatnya, Kuok menzahirkan penghargaan mendalam beliau atas peluang yang diterimanya serta mengiktiraf sumbangan rakyat Malaysia daripada semua keturunan, kaum dan agama terhadap pembangunan Malaysia. – BERNAMA

Kategori