Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Harga Kereta Dijangka Naik...

KUALA LUMPUR : Harga kereta dijangka meningkat sehingga 10 peratus jika kerajaan memutuskan...

Keown Gesa Ozil Segera...

LONDON - Martin Keown percaya Mesut Ozil harus mula menunjukkan 'keinginan tinggi' selepas...

PAN Minta Penjelasan PPBM...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mempersoalkan pengumuman kerjasama politik antara Parti...

3 Negara Jalin Kerjasama...

COTABATO CITY - Malaysia, Filipina dan Indonesia akan menjalin kerjasama ketenteraan berdasarkan Perjanjian...

Polis Lengkapkan Kertas Siasatan Kes Dera Amah

BUKIT MERTAJAM – Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes kematian pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai didera majikannya dalam kejadian di Taman Kota Permai 2, di sini Ahad lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A.Thaiveegan berkata polis percaya kes itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat susulan penahanan tiga beranak berumur 36 hingga 60 tahun yang merupakan majikan wanita berkenaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan polis telah merekodkan sekurang-kurangnya 15 keterangan termasuk daripada saksi, jiran dan doktor yang merawat mangsa bagi melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan.

Polis juga sedang mencari beberapa saksi lagi bagi membantu siasatan kes itu dan setakat ini tiada tangkapan baru kecuali tiga beranak yang merupakan suspek utama,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat 12 sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2018 peringkat Pulau Pinang di Plaza Tol Juru, di sini hari ini.

Adelina Lisio, 28, yang mengalami kecederaan parah termasuk luka dan lebam di badan, mati ketika dirawat di Hospital Bukit Mertajam pada kira-kira 4.45 petang Ahad dan mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Adelina ditemui kira-kira 8 malam Sabtu selepas polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki yang juga pembantu kepada anggota Parlimen Bukit Mertajam Steven Lim dan ekoran itu polis menahan seorang lelaki dan adik perempuannya berumur 36 dan 39 tahun yang merupakan majikan mangsa bagi membantu siasatan.

Thaiveegan berkata polis juga masih menjalankan siasatan sejak bila pembantu rumah itu didera oleh majikannya namun tidak menolak kemungkinan mangsa didera beberapa bulan lepas berdasarkan kecederaan yang dialami wanita itu.

“Polis masih menunggu laporan lengkap bedah siasat yang dijalankan ke atas mangsa dan selepas itu mungkin kita akan tahu sejak bila pembantu rumah berkenaan didera serta sebagainya. Saya minta sesiapa terutama jiran mangsa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut tampil membantu kami,” katanya.


Beliau berkata ibu kepada dua beradik yang ditahan semalam yang juga majikan pembantu rumah itu kini direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya wanita berumur 60 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pagi ini manakala dua anaknya bekerja sebagai jurujual yang tamat reman esok akan disambung reman lagi bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan kes tersebut.

Sementara itu, wakil Konsulat Indonesia di Pulau Pinang Neni Kurniati berkata mayat Adelina masih ditempatkan di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya kerana polis masih menjalankan beberapa siasatan dan dokumentasi.

“Saya dimaklumkan mayat Adelina kemungkinan hanya akan diserahkan kepada kami (Konsulat Indonesia di Pulau Pinang) dalam tempoh dua atau tiga hari lagi sebelum dihantar pulang ke kampung halamannya. Pihak kami di Indonesia juga masih mencari keluarga mangsa,” katanya. – BERNAMA

Kategori