Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Jumlah Kematian Coronavirus Di...

BEIJING - Jumlah kematian akibat wabak coronavirus di China meningkat kepada 213, selepas...

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari...

Unit Induk Urus Sukarelawan,...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengumumkan...

Bergurau Kata Lemaskan Dua...

HOUSTON - Seorang wanita membunuh dua anaknya yang masing-masing berusia lima dan tujuh...

Polis Nafi Wang Palsu RM100 Berlambak Tular Di KL

SANGKAL… Polis menafikan kesahihan mesej bergambar yang tular menerusi aplikasi WhatsApp, Telegram dan Facebook mengenai dakwaan konon wujudnya pengedaran wang kertas palsu RM100.

Mesej ‘panas’ berkenaan dipercayai disebarkan oleh individu tertentu secara meluas di sekitar ibu kota sehingga menyebabkan ramai netizen tempatan melahirkan kebimbangan untuk menerima wang dengan nilai tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Luthfi Ismail Abdullah berkata, pihak polis akan meneliti mesej sensasi tersebut, namun tidak menolak kemungkinan ia adalah palsu.

“Mesej berserta gambar wang RM100 yang diikat dan disusun di dalam kotak itu dipercayai imej lama yang sebelum ini pernah telah tular dan disebarkan semula pihak yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan yang tidak pasti.

“Jika pihak yang menyebarkan mesej itu mengetahui sesuatu mengenai wang palsu berkenaan, mereka diminta tampil memberi maklumat dan membantu pihak polis menangani masalah ini segera,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Luthfi Ismail, bagaimanapun berkata pihaknya bersama-sama dengan Bank Negara Malaysia akan sentiasa melakukan pemantauan dan meminta orang ramai turut memberi kerjasama memaklumkan aktiviti haram tersebut.


Mereka juga malahan jika ada apa-apa maklumat mengenai pengedaran wang palsu tersebut dinasihatkan agar segera melaporkan kes komersial berkenaan di mana-mana balai polis yang berdekatan untuk tindakan susulan.

Kes jenayah berkenaan boleh disiasat polis mengikut Seksyen 489D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sekiranya disabitkan kesalahan di mahkamah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori