Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Polis Tumpas Kegiatan Kumpulan...

MIRI - Polis menumpaskan kegiatan satu kumpulan samun bersenjata yang merompak sebuah kedai...

Nor Fadhilah Wanita Pertama...

KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini mengumumkan pelantikan Nor Fadhilah...

Mahathir Kembalikan Keyakinan Pelabur...

KUALA LUMPUR - Kembalinya Tun Dr. Mahathir Mohamad memegang jawatan Perdana Menteri selepas...

Bayi Antara 3 Sekeluarga...

TIGA sekeluarga meninggal dunia termasuk seorang bayi, manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan...

Polis Panggil Wanita Acu Pedang Samurai

SUSULAN kes pergaduhan dua jiran sehingga melibatkan senjata tajam yang video kejadian tersebut tular di media sosial, polis telah memanggil dua keluarga berkenaan untuk memberi keterangan.

Lapor Harian Metro, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, seorang ahli keluarga terbabit juga turut menyerahkan sebilah pedang samurai di Balai Polis Paka pada jam 4 petang tadi.

Pedang samurai itu adalah senjata yang digunakan dalam insiden pergaduhan tersebut di sebuah kawasan perumahan di Paka, Dungun baru-baru ini.

Kaitan: Anak Bergaduh, Mak Keluar Pedang Samurai

“Kertas siasatan berhubung kes sudah dibuka dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya.


Terdahulu, video berdurasi satu minit 34 saat itu menunjukkan pergaduhan di antara dua keluarga termasuk ugutan menggunakan senjata pedang samurai viral di media sosial.

Difahamkan, pergaduhan di antara dua keluarga terbabit berpunca dari pergaduhan anak-anak yang membawa kepada campur tangan ibu bapa.

Rakaman itu kemudian dikongsikan pengguna laman sosial sehingga mendapat reaksi negatif netizen yang menganggap perkara sedemikian amat memalukan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori