MIRI – Polis Sarawak menahan 160 individu dalam 97 operasi membanteras judi haram sepanjang minggu lepas selain merampas wang tunai berjumlah lebih RM30,000.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata serbuan yang dibuat bagi tempoh 5 hingga 11 Feb itu melibatkan kegiatan nombor ramalan 4D, judi dalam talian, perjudian di rumah judi serta di tempat terbuka.
“Mereka yang ditahan melibatkan 90 lelaki dan 70 wanita berusia antara 16 dan 61 tahun termasuk lapan warga asing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kesemua yang ditahan akan disiasat menurut Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – BERNAMA