Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ganjaran Pemain Bola Sepak...

ALOR SETAR - Beberapa perkara penting berkaitan isu semasa sukan bola sepak negeri...

Umat Islam Di Jogjakarta...

JOGJAKARTA – Beratus-ratus umat Islam menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Kompleks...

43% Rakyat Percaya Malaysia...

KUALA LUMPUR – Kajiselidik yang dijalankan Ipsos Malaysia sejak Mac hingga April lalu...

Polis Buka Kertas Siasatan...

PUTRAJAYA - Polis membuka kertas siasatan terhadap pengguna akaun Facebook, Ibu Yati yang...

Polis Tahan 5 Lelaki, Rampas 205 Bungkus Air Ketum

PARIT – Polis menahan lima lelaki termasuk seorang penjual air ketum dan merampas 205 bungkusan air berkenaan dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit, di Kampung Semangat 2, Titi Gantong, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata dalam serbuan pada 6.15 petang itu, suspek berumur 43 tahun dipercayai sedang menjual air ketum kepada empat orang yang berumur antara 27 hingga 34 tahun.

Mohamad Zainal berkata ketika serbuan, terdapat dua tong fiber berada berhampiran mereka dengan setiap satunya berisi 100 dan 105 bungkusan plastik berisi cecair disyaki air ketum.

“Pemeriksaan lanjut di tempat duduk suspek menjumpai satu periuk, sebuah dapur memasak dan satu tong gas dipercayai peralatan untuk merebus air ketum.

“Suspek yang menjual air ketum itu bekerja sebagai buruh kampung dan tangkapan tersebut merupakan kali ketiga suspek ditahan atas kesalahan menjual air ketum,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Beliau berkata kesemua bungkusan air ketum yang dirampas untuk siasatan itu dianggarkan seberat 102.5 liter dan bernilai RM1,025. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori