Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Bantuan Sekolah Tak Kunjung...

BERATUS-RATUS murid sekolah di sekitar Kuala Lumpur yang sepatutnya menerima bantuan baju dan...

PRU15: 20 Peratus Keluar...

PETALING JAYA : Statistik terkini keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)...

Peniaga Dalam Talian Wajib...

MELAKA - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mewajibkan semua peniaga dalam talian yang...

Bekas Tempat Peliharaan Haiwan...

SEREMBAN: Sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi kini semakin licik dengan menjadikan sebuah bekas...

Polis Tumpaskan ‘Geng 04’, 36 Anggota Ditangkap

IPOH – Polis menumpaskan ‘Geng 04’ dengan tertangkapnya 36 anggota kumpulan kongsi gelap terbabit dalam Op Cantas Silver yang dijalankan di seluruh negara sejak 27 Jan lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata kesemua anggota kumpulan itu termasuk seorang yang bergelar ‘Datuk’ berumur lingkungan 20 hingga 60 tahun ditahan di beberapa negeri.

Beliau berkata 26 suspek ditahan di sekitar Perak, Selangor, Melaka dan Johor manakala 10 lagi ditahan ketika berada dalam tahanan di penjara antaranya di Pokok Sena, Kedah; Taiping dan Batu Gajah di Perak serta Sungai Udang, Melaka.

Katanya operasi itu dijalankan berikutan beberapa siri kejadian keganasan antaranya kes pembunuhan seorang wanita bergelar ‘Datin Seri’ di hadapan sebuah restoran di Brickfields, Kuala Lumpur pada 6 Julai 2016, serta kes bunuh membabitkan seorang lelaki di Hutan Melintang, Bagan Datuk pada November 2016.

“Kumpulan kongsi gelap yang aktif sejak sekian lama itu terlibat dalam kegiatan jenayah terancang dan serius membabitkan beberapa siri kejadian keganasan seperti samun, pemerasan, khianat dengan api dan pengedaran dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Hasnan berkata Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman turut membeku dan menyita harta milik anggota kumpulan bernilai RM4.5 juta membabitkan kenderaan, hartanah, barang kemas, barangan berharga, akaun bank dan wang tunai.

“Polis sedang mengesan kira-kira 10 anggota kumpulan itu yang masih bebas dan bantuan Interpol akan dipohon untuk mengesan jika terdapat suspek yang melarikan diri ke luar negara,” katanya.


Menurut Hasnan, kesemua suspek ditahan reman selama 28 hari sejak 27 Jan lalu mengikut Sekyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktivit Haram (AMLATFPUAA) 2001, katanya.

Hasnan berkata kesemua 36 anggota kumpulan itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh esok dan dituduh mengikut Seksyen 130 V Kanun Keseksaan dan Seksyen 130 W Kanun Keseksaan kerana menjadi anggota dan membantu kumpulan jenayah terancang. – BERNAMA

Kategori