Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Stop Snoring Instantly!

AirSnore is a one size fits all mouthpiece and natural oil drops combo...

Amal Sikap Bertanggunjawab, Pastikan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat Malaysia mempunyai rasa...

Parti Gerakan Bersiap Sedia...

SEREMBAN - Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong berkata parti Gerakan telah...

Jenson Button Bercerai Lepas...

PELUMBA sensasi Formula One, Jenson Button dilaporkan sudah bercerai dengan isterinya, model terkenal,...

PPBM Berkeras Bertanding 12 Kerusi DUN Di Selangor

SHAH ALAM – Kemelut pengagihan kerusi Pakatan Harapan di Selangor dilihat semakin ketara apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Selangor berkeras untuk bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu pada pilihan raya umum.

PKR sebelum ini turut menyatakan untuk bertanding di 12 kerusi berkenaan.

Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehudin Amiruddin berkata hasrat PPBM untuk bertanding di kesemua DUN berkenaan adalah selaras dengan matlamat asal penubuhan parti yang mahu bersaing dengan UMNO pada pilihan raya umum ke-14​​​​.

“Kita tidak akan melepaskan walaupun satu kerusi dan tetap akan pertahankan (bertanding) 12 kerusi itu.

“Justeru, kita menyerahkan cadangan nak bertanding 12 kerusi UMNO ini kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor untuk membuat keputusan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat PH Selangor mengenai pengagihan kerusi DUN Selangor yang dipengerusikan oleh Pengarah Pilihan Raya PH Selangor, Dr. Xavier Jayakumar di sini hari ini.


Rundingan pengagihan kerusi DUN Selangor sepatutnya dimuktamadkan 31 Januari lepas terpaksa dilanjutkan untuk seminggu lagi berikutan perbalahan antara parti-parti dalam pakatan itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PPBM

Kategori