Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pengunjung Zoo Negara Kian...

KUALA LUMPUR - Pengunjung ke Zoo Negara bertambah kira-kira 10 peratus, iaitu mencatat...

SPAD Audit Rekod GPS...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaannya sempena...

Tak Mengaku Sebabkan Kematian...

SEORANG peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kajang, hari ini atas tiga...

Yuna Sumbang Suara Untuk...

WAZE merupakan aplikasi trafik dan pandu arah yang digunakan secara meluas di Malaysia...

Presiden ITD Thailand Diberkas Kerana Memburu

KANCHANABURI (Thailand) – Presiden firma pembinaan dan kejuruteraan terkemuka Thailand, Italian-Thai Development Public Company Ltd. (ITD), telah ditahan atas dakwaan memburu di kawasan perlindungan hidupan liar dalam wilayah Kanchanaburi, lapor Agensi Berita Thailand (TNA).

Renjer taman telah memberkas Premchai Karnasuta bersama-sama pengarah urusan dan pengarah ITD ketika mereka berkhemah dalam kawasan larangan di sebelah barat Pusat Perlindungan Hidupan Liar Thungyai Naresuan pada Ahad (4 Feb).

Bangkai beberapa spesies haiwan yang dilindungi turut ditemui, termasuk seekor burung kuang Kalij, seekor kijang dan seekor harimau kumbang, selain senapang serta peluru.

Ketua Pengarah Taman Negara, Hidupan Liar dan Jabatan Pemuliharaan Tumbuhan, Thanya Netithammakun, mengesahkan bahawa penahanan presiden ITD itu dibuat berdasarkan bukti yang diperoleh.

Beliau berkata polis sedang menyiasat kes itu dan tindakan perundangan akan diambil terhadap pesalah.

Beliau berkata renjer taman telah menjumpai bangkai hidupan liar dan senjata namun tidak menyaksikan sebarang insiden tembakan.


Mungkin juga terdapat lebih ramai suspek dalam kes ini, katanya.

Kumpulan itu juga dikatakan telah meminta izin untuk memasuki hutan tersebut, namun mereka telah masuk ke kawasan larangan dan berkhemah di tempat yang dilarang berbuat demikian.

Bagaimanapun, pelancong tidak dilarang membawa senjata ketika melakukan trekking dan berkhemah di hutan itu. – BERNAMA

Kategori