Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Tiada Sekolah Di Perak...

IPOH - Tiada sekolah di Perak ditutup atau terjejas akibat banjir kilat susulan...

Ini Jawapan PAS Kenapa...

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mengambil kesempatan...

Pemuda PAS Perak Minta...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) digesa tidak melepaskan pemain-pemain muda...

Apa Masalah Pembangkang Dengan...

PEMBANGKANG tak habis-habis dengan agenda tersirat dan terbuka untuk memburukkan dan menjejaskan pertahanan...

PRU14: TPM Beri Bayangan KDN Lebih Sibuk April

DEBARAN… Timbalan Perdana Menteri memberi bayangan Pilihan Raya Umum (PRU14) diadakan pada April malah urusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjadi lebih sibuk pada bulan itu.

Bagaimanapun Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak menyatakan secara spesifik mengenai perkara itu, hanya menjelaskan yang kementerian tersebut akan mengadakan perhimpunan bulanan seperti biasa setiap bulan.

“KDN akan mengadakan himpunan setiap bulan, bulan Mac mungkin lebih sibuk dan bulan April mungkin lebih sibuk sedikit lagi,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan di Putrajaya pada Khamis.

Teka-teki bilakah tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 menjadi isu utama yang diperkatakan ramai apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi gambaran ia mungkin diadakan sebelum 14 Julai ini.

Tempoh mandat Kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional akan berakhir pada 24 Jun depan. Najib pada 2 Februari lalu membayangkan PRU bakal berlangsung sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Puasa.

Baca: PM ‘Terlepas Cakap’ Tarikh PRU Sebagai Hari Raya Lagi

Awal Ramadan tahun ini dijadualkan pada 17 Mei manakala Hari Raya Aidilfitri pula dijadualkan 15 Jun bergantung kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Istana Negara selepas mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menggesa supaya warga kementerian tersebut untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mereka dan berani membuat lonjakan untuk berada lebih mara ke hadapan.


“Oleh demikian dalam himpunan setiap bulan KDN, kita perlu melihat kepada diri sendiri dengan cuba buat self criticism (kritikan kendiri) di samping kita sendiri mahu melakukan beberapa lonjakan untuk berada di hadapan.

“Kita tahu Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) adalah merupakan fasa pertama dalam usaha Perdana Menteri bagi melakukan transformasi dalam beberapa bidang. Kini ia telah berada di fasa kedua iaitu lonjakan NBOS.

“Ertinya kita perlu melakukan lonjakan yang lebih daripada sekarang,” ujar Ahmad Zahid lagi merujuk kejayaan inisiatif pelan strategi itu melakukan transformasi perkhidmatan kepada rakyat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori