Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Ambil Alih PLUS: Maju...

KUALA LUMPUR - Maju Holdings Sdn. Bhd. (Maju Holdings) menawarkan kepada kerajaan untuk...

Peniaga Lewat-Lewatkan Bayaran GST...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengingatkan peniaga yang lewat membayar...

350 Cedera Letupan Di...

TAIPEI - Kebakaran di pentas muzik merebak kepada sekumpulan penonton konsert di sebuah...

Warga Emas Lemas Ketika...

BESUT - Seorang warga emas ditemui lemas lewat malam tadi di sungai berhampiran...

PRU14: BN Perak Buat Penilaian Lebih Mendalam

PANGKOR – Barisan Nasional (BN) Perak sedang berada di peringkat akhir persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan membuat penilaian terkini yang lebih mendalam terhadap calon BN yang bakal bertanding.

Pengerusi Badan Perhubu­ngan UMNO negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata sehingga kini pihaknya sedang membuat perbincangan dan mengenal pasti segala potensi pada setiap calon bagi memastikan calon yang sesuai berupaya memberikan kemenangan.

“Sehingga kini, segala persiapan bagi menghadapi PRU14 berjalan dengan lancar dan kita berada di peringkat persiapan terakhir termasuk melihat segala potensi calon-calon sedia ada dan seterusnya membuat penilaian terkini tentang kedudukan calon.

Kita turut mengadakan perbincangan melibatkan kawasan-kawasan yang perlu diberi tumpuan dan saya telah mengadakan perjumpaan menerusi jelajah di seluruh Perak melibatkan seluruh Parlimen bagi melihat persiapan menghadapi pilihan raya bila-bila masa sahaja nanti,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Perak berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran MyBomba Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dan Kempen Keselamatan Kebakaran Pulau Pangkor 2018 di Dewan Serbaguna Kampung Teluk Kecil di sini hari ini.


Zambry yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Pangkor berkata beliau melihat sambutan anggota BN di setiap peringkat begitu baik dan memberangsangkan, sekali gus membawa semangat positif menjelang PRU.

“Saya melihat sambutan anggota BN begitu mantap dan baik serta semangat mereka yang sentiasa bersiap sedia, mara untuk menghadapi PRU pada bila-bila masa nanti,” katanya. – BERNAMA

Kategori