Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Zoo Khan Younis Paling...

Reput dan dihurung lalat. Itulah keadaan yang dapat disaksikan di zoo yang paling...

55 Kanak-Kanak Jadi Yatim...

SHAH ALAM: Sehingga September lalu, seramai 55 kanak-kanak di negeri ini dilaporkan menjadi...

Polis Buru Lelaki Tikam...

Melaka : Dipercayai berang apabila pelawaan untuk keluar bersama ditolak, seorang lelaki tergamak...

Jentera Bomba Pun Kena...

Jakarta - Polis percaya individu yang melarikan sebuah jentera pemadam api dari sebuah...

Qatar Airways Lebar Sayap Operasi Ke Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Qatar Airwayssebuah syarikat penerbangan yang berpusat di Asia Barat telah melebarkan sayap operasinya dengan memulakan laluan sulungnya ke Pulau Pinang, semalam.

Penerbangan menggunakan pesawat Dreamliner Boeing 787 itu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sekitar pukul 2.30 petang bersama-sama wakil syarikat, Ketua Pegawai Komersialnya, Ehab Amin.

Menurut Ehab, Pulau Pinang dipilih sebagai destinasi kedua selepas Kuala Lumpur ekoran permintaan yang tinggi untuk penerbangan di negeri itu.

“Kami gembira dan berbesar hati untuk melancarkan perkhidmatan baru terus ke Pulau Pinang, yang menawarkan penumpang kami pintu masuk kedua ke negara ini.

“Dengan tiga penerbangan mingguan antara Doha dan Pulau Pinang, kami pasti pelancong dapat menikmati percutian yang hebat dan indah di Pulau Pinang,” ujar beliau.

Ehab dipetik BH Online berkata sedemikian dalam satu sidang media di Shangri-La Rasa Sayang Resort, Batu Ferringhi, semalam.


Qatar Airways telah menawarkan penerbangan terus ke Pulau Pinang sebanyak tiga kali seminggu dan jumlan itu akan ditambah kepada empat kali seminggu bermula pada Julai depan.

Penerbangan yang menggunakan pesawat Dreamliner Boeing 787 yang berkapasiti 254 tempat duduk itu beroperasi pada setiap Selasa, Khamis dan Sabtu.

Penerbangan mengambil masa kira-kira 12 jam  30 minit untuk setiap perjalanan. Kuala Lumpur menjadi destinasi syarikat itu sejak Disember 2001, dan ia kini terbang tiga kali sehari ke ibu kota. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori