Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Batalkan Sahaja MoU, Segerakan...

KANGAR : Memorandum persefahaman (MoU) kerajaan dengan pembangkang lebih baik dibatalkan seterusnya segera...

Pemandu Teksi Rompak Buruh...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Kelayakan Euro 2016: Jerman...

LONDON - Dua bulan selepas menjulang Piala Dunia, Jerman membuka kempen kelayakan Kejohanan...

Brunei Nafi Ada Kad...

BANDAR SERI BEGAWAN - Kerajaan Brunei menafikan pernah mengeluarkan kad perkahwinan pasangan Islam...

Raja Muda Perlis Terima Kunjungan Imam Al-Aqsa

ARAU – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima kunjungan mengadap hormat Imam Masjid Al-Aqsa Syeikh Dr Ekremah Sai’d Sabri di Istana Arau di sini, hari ini.

Bekas Mufti Palestin itu berada di Perlis bagi menyampaikan pidato sempena program ‘Prihatin Al-Quds 2018’ anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Masjid Tuanku Syed Putra di sini, malam ini.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis Dr Hazman Hassan.

Baginda merangkap Yang DiPertua MAIPs turut menitahkan setinggi penghargaan kepada seluruh rakyat yang menghulurkan sumbangan untuk ‘Tabung Untuk Aqsa Negeri Perlis’ yang dilancarkan baginda beberapa hari lalu.

“Anggota masyarakat yang belum berkesempatan tetapi berhasrat untuk memberikan sumbangan dialu-alukan berbuat demikian melalui MAIPs hingga 16 Feb ini dan untuk maklumat lanjut, layari www.maips.gov.my,” titah baginda. – BERNAMA

Kategori