Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Siasat Laporan Ugutan...

KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat laporan seorang wartawan wanita Berita Harian yang mendakwa...

Lebih 109,000 Kanak-Kanak Diberi...

KOTA KINABALU - Kira-kira 109,200 kanak-kanak berusia bawah 5 tahun di Sabah diberikan...

Malaysia, UK Perbaharui Komitmen...

PUTRAJAYA - Malaysia dan United Kingdom akan memperbaharui komitmen untuk meningkatkan kerjasama dalam...

Tiada Perlu ICERD, Langkah...

ALOR SETAR - Keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi...

Rasuah: Pemilik Bas Dijel Sehari, Denda RM11,000

KUANTAN – Seorang pemilik bas hari ini, dihukum penjara sehari dan denda RM11,000 selepas mengaku salah memberi rasuah RM500 kepada Ketua Pembantu Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Ahad lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Dazuki Ali juga memerintahkan supaya R.Muthusamy, 67, dipenjarakan selama lima bulan, jika gagal menjelaskan denda tersebut.

Muthusamy didakwa memberi suapan itu dalam bentuk wang tunai kepada Shahrul Sharizal Mt Jawahir yang semasa itu bertugas di Stesen Penguat Kuasa JPJ Karak, Bentong dekat sini pada pukul 2.45 petang, 18 Feb lalu.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan kepada Shahrul Sharizal untuk melepaskan bas miliknya bernombor pendaftaran PATRIOT 9772 yang dipandu oleh seorang yang tidak mempunyai lesen memandu bas.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang berasal dari Sungai Marong, Bentong didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

​​​​​​​Akta itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Dalam rayuannya, tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman paling minimum atas alasan dirinya sudah insaf dan mempunyai penyakit kencing manis serta jantung dan perlu menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Saya perlu menjalani pemeriksaan di IJN pada minggu depan. Saya tidak mempunyai pendapatan tetap dan bergantung kepada anak-anak. Saya ada seorang isteri dan empat orang anak,” katanya.


Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohamad Fadhly Mohd Zamri bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak terlibat dengan rasuah.

“Tertuduh telah berkeras mahu memberikan rasuah supaya basnya tidak ditahan walaupun pegawai JPJ tersebut telah memberikan amaran bahawa dia tidak mengambil suapan. Semasa ditahan, bas itu juga membawa penumpang,” katanya.

Tertuduh menjelaskan denda itu. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori