Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Azizulhasni Panjat Pokok Sokong...

NILAI - Juara Keirin Dunia Azizulhasni Awang sanggup memanjat pokok bagi memberikan sokongan padu kepada dua...

Dari NS Ke Kedah,...

SIAPA yang tak suka kalau dapat duit raya kan?  Pendek kata, yang muda...

Dialog Perdana TN50 Bukti...

KUALA LUMPUR - Peserta Dialog Perdana Transformasi Nasional 2050 (TN50) menyifatkan Perdana Menteri...

Duda Cedera Di Lengan...

KUALA TERENGGANU - Seorang duda cedera di lengan kiri selepas ditetak dengan parang...

Rasuah Polis: Peniaga Wanita Direman 4 Hari

KOTA KINABALU – Seorang peniaga wanita direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah berhubung kes sogokan bernilai RM1,200 terhadap pegawai polis trafik.

Majistret Afiq Agoes membenarkan tahanan reman terhadap suspek wanita berkenaan hari ini, selepas mempertimbangkan permohonan Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Faliq Basiruddin.

Suspek berusia 27 tahun dan berasal dari Sarawak itu ditahan SPRM di kediamannya di Bundusan, Penampang pada jam 11.30 pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 4 pagi semalam (Ahad), suspek ditahan polis dalam operasi Op Mabuk di Jalan Coastal, Kota Kinabalu, setelah didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dan dikatakan cuba cuba menyogok pegawai polis yang bertugas di sekatan jalan raya berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (B) Akta SPRM 2009 iaitu kesalahan memberi atau menawarkan suapan rasuah. – BERNAMA

Kategori