Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Cederakan Warga Emas...

KUANTAN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini, memerintahkan seorang lelaki dipenjarakan 12...

Zahid Gesa Myanmar Segera...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa Myanmar...

MH370: Adakan Majlis Tahlil...

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh negara diseru supaya mengadakan majlis tahlil...

Udang Goreng Butter dan...

Bahan bahan:500 gm udang 1/2 sudu kecil garam 1/2 sudu kecil serbuk kunyit Minyak 3-5 sudu besar...

Rebecca Nur Islam ‘Perang Besar’ Dengan Eina Azman?

MINGGU ini, industri hiburan negara dikejutkan dengan berita mengenai pelakon, Rebecca Nur Al Islam yang dikatakan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seseorang.

Memetik beberapa sumber portal hiburan, difahamkan Rebecca meluahkan amarahnya itu dengan menulis beberapa nota di atas tisu yang menyebut nama ‘datin ciplak’ dan dimuat naik menerusi Insta Story miliknya.

Menerusi nota-nota berkenaan, Rebecca menyatakan rasa kemarahan apabila namanya sering diburukkan oleh ‘datin ciplak’ berkenaan melalui laman Instagram.

Sehubungan itu, Rebecca dilihat mencabar ‘datin ciplak ‘tersebut untuk bertemu empat mata sekiranya benar-benar tidak puas hati dengan dirinya.

Tidak terhenti di situ, Rebecca nampaknya turut memuat naik beberapa rakaman yang menasihati agar ‘datin ciplak’ berkenaan untuk lebih menjaga percakapannya kelak.

Rentetan daripada itu, rata-rata netizen seakan-akan sudah dapat mengagak ‘datin ciplak’ yang dimaksudkan ialah Eina Azman.

Rata-rata antara mereka meluahkan rasa tidak percaya dengan apa yang berlaku kerana seperti yang kita semua tahu kedua-dua selebriti itu mempunyai hubungan yang akrab sebelum ini.


Ramai juga yang meluahkan simpati kepada Eina Azman kerana pendekatan Rebecca dalam isu antara mereka dilihat memalukan artis tersebut.

Dalam masa yang sama, terdapat juga segelintir netizen yang tidak bersetuju dengan cara pergaduhan itu dan mengambil iktibar daripada situasi berkenaan.

Haaa… Nampaknya marah betul dah ni! Apa punca sebenar pun tak tahu lah. Sebab tu, orang kata semua perkara tu ada batasan masing-masing.

Maka, apa yang kita buat semuanya haruslah berpada-pada. Makan berpada-pada. Minum berpada-pada. Kawan pun berpada-pada opsss…. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori