BERKAT watak Pok Ya yang dibawa oleh pelakon dan pengarah Sabri Yunus menerusi telefilem Pok Ya Cong Codei, dia kini ditawarkan tajaan untuk mengerjakan umrah secara percuma.
Baca: Kerana ‘Pok Ya Cong Codei’, Sabri Yunus Jadi Sebutan
Juga: Memahami Pok Ya Cong Codei & Realiti Sabri Yunus
Lagi: ‘Pok Ya Cong Codei 2’ Dalam Perancangan Sabri Yunus
Menurut portal The Malay Mail Online, Sabri turut dipelawa untuk mendiami Hotel ‘Cong Codei’ atau nama sebenarnya Hotel Concorde selama percuma ketika berada di Makkah dan Madinah.
“Alhamdulillah, saya sendiri tidak sangka telefilem Pok Ya Cong Codei diterima begitu hebat seperti ini,” katanya.
Akui selepas tiga minggu telefilem itu disiarkan, dia telah melalui fasa ‘sibuk’ bagi menghadiri banyak jemputan di stesen tv mahupun temubual bersama akhbar tempatan.
“Kali pertama berlaku dalam sejarah hidup saya, watak saya disebut oleh semua peringkat umur.
“Pok Ya bukan sahaja hak saya, tapi ia juga merupakan hak producer dan stesen tv juga. Bagi saya kalau habis kat situ pun takpe dah cukup. Biar orang teringat-teringat je watak Pok Ya,” katanya lagi.
Dalam masa yang sama, Sabri turut memberitahu bahawa dia telah melalui fasa perbincangan bersama stesen tv untuk adakan sambungan telefilem Pok Ya iaitu Pok Ya Raya. – MYNEWSHUB.CC/AH