Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Wanita, Adik, Didakwa Bunuh...

KAJANG - Seorang wanita dan adik lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini  hari...

Yuna Sumbang Suara Untuk...

WAZE merupakan aplikasi trafik dan pandu arah yang digunakan secara meluas di Malaysia...

PAS-UMNO Boleh Menang Lebih...

SEREMBAN - Muafakat politik PAS dan UMNO dijangka boleh memberikan kemenangan kepada gabungan...

Kastam Kedah Gagalkan Cubaan...

ALOR SETAR : Siasatan lanjut Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah lori...

Sambutan Hangat Program Jimat Belanja Dapur Pekan

PEKAN – Program Jimat Belanja Dapur anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang diadakan di perkarangan Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini mendapat sambutan hangat daripada pengunjung.

Program yang diadakan sempena majlis pelancaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat kebangsaan itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melakukan tinjauan di tapak program berkenaan.

Pengarah Komunikasi Korporat FAMA Asmizal Jaafar berkata, pada program hari ini FAMA menawarkan lebih 27 barangan barangan keperluan harian dengan potongan harga antara lima hingga 20 peratus.

“ Program ini sebenarnya telahpun kita adakan secara mingguan di setiap tapak pasar tani seluruh negara dengan harga barangan yang jauh lebih murah berbanding pasaran.

“Barangan itu antaranya harga ayam standard dijual dengan harga RM6.99 sekilogram berbanding harga biasa RM8,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini.

Salah seorang pengunjung M. Santi, 56, berkata, barangan yang dijual pada program itu memang murah dan berbaloi untuk dibeli.


“Semua barang dapur yang dijual hari ini amat murah sekali berbanding biasa. Contoh harga bawang besar Pakistan saya beli dengan harga RM2.50 sekilogram berbanding biasa RM7 dan banyak lagi barang yang murah,” katanya.

Sabaad Reaab, 56, turut berpuas hati dengan tawaran harga yang disifatkannya murah dan banyak membantu meringankan beban rakyat dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

Sementara itu, Halimatus Saadiah Mohamad Khairuddin, 25, berkata beliau hanya berbelanja RM12 sahaja untuk barangan seperti bawang (RM6), lada (RM2), kentang (RM2) dan RM2 untuk tiga ikat sawi dan kobis. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • FAMA

Kategori