Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

MB Negeri Sembilan Disah...

REMBAU - Penyandang DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Menteri Besar...

Nahas Bas: Keluarga Rela...

KLANG - Kira-kira 100 orang hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang V.Renugah, mangsa...

Najib Bersarapan Bersama Orang...

KUCHING - Mi jawa, sate ayam, sate kulit dan kuih celorot (makanan tradisional...

Saya Jadi Lebih Dewasa...

PELAKON Elly Mazlien yang telah bercerai pada Oktober tahun lalu mengakui dirinya sudah...

Sekolah Jepun Wajib Uniform Jenama Armani RM3,000

TOKYO – Pihak sekolah di Jepun merancang untuk menggunakan jenama Armani sebagai pakaian seragam pelajar mereka yang dianggarkan bernilai hampir hampir 80,000 yen (RM3,000) satu set.

Media tempatan melaporkan perancangan untuk uniform baharu itu telah mencetuskan rungutan, aduan dan juga perdebatan yang hebat sehingga isu tersebu sampai kepada pihak parlimen negara maju Asia Timur berkenaan.

Lembaga pendidikan negara itu telah mengesahkan kepada agensi berita AFP bahawa Sekolah Rendah Taimei di bandar raya Tokyo yang terkenal dengan jenama mewah akan mengadaptasi rekaan dari jenama Itali tersebut.

Ia bakal dilaksanakan pada persekolahan musim bunga mulai bulan April ini dengan satu set lengkap pakaian baharu itu menyaksikan para ibu bapa dan penjaga perlu membelanjakan sekitar 79,624 yen (hampir RM2,920).

Sementara pihak sekolah berkata bahawa uniform itu bukanlah satu perkara mandatori namun ramai pengkritik berkata kebanyakan ibu bapa terpaksa membeli demi memastikan anak mereka tidak ketinggalan atau tersisih.

Menurut agensi media Kyodo, lembaga pendidikan tempatan telah menerima aduan ibu bapa yang tidak yakin dengan penerangan sekolah itu mengenai pakaian seragam pereka itu akan menjadi satu jenama terbaik dan bagus.

Dalam satu surat memaklumkan tentang pakaian seragam itu, pihak pentadbiran melaporkan bahawa uniform tersebut untuk menyelaraskan imej sekolah berusia 150 tahun itu dengan perkembangan kawasan berprestij Ginza.

Lokasi tempat sekolah itu terletak, kini makin pesat terkenal dengan gaya moden. Namun laporan mengenai perkara tersebut tidak mampu mempengaruhi pandangan orang ramai yang mempersoalkan rasional arahan berkenaan.

“Ini bukanlah jenama seorang pereka atau tradisi. Pihak berwajib perlu fikir isu ini selepas beberapa perbincangan,” kata salah seorang ibu bapa, yang tidak mahu dedah namanya kepada stesen penyiaran nasional, NHK.

“Ini sangat melampau, saiz kanak-kanak kecil boleh berubah apabila mereka membesar dan perlu ditukar beberapa kali setiap tahun,” kata seorang pengulas yang tidak berpuas hati melalui aplikasi sembang online tempatan.

Pengetua sekolah tersebut, Toshitsugu Wada mengakui bahawa harga pakaian seragam itu memang ‘tidak terlalu murah’ namun menjelaskan bahawa beberapa perancangan diatur untuk menurunkan lagi harga berkenaan.

Malahan pengetua tersebut memohon supaya para ibu bapa memahami situasi dan berkata kepada wartawan AFP“Terdapat beberapa buah kedai berjenama di Ginza dan saya tertanya-tanya jika ada pilihan terbaik.


“Ini termasuk kemungkinan besar untuk meminjam satu kekuatan daripada pengaruh jenama asing tersebut dalam usaha mereka bagi memperkembangkan lagi maruah sekolah yang sudah berusia lebih satu abad ini.”

Pengetua tersebut juga berkata bahawa beliau sendiri telah menyuarakan beberapa jenama popular yang lain seperti Burberry, Chanel dan juga Hermes untuk menghasilkan pakaian seragam sekolah berkenaan sendiri.

Pakaian seragam baharu sekolah tersebut akan meliputi sut blazer yang dijahit dengan teliti dan ditambah dengan beg yang mampu melonjakkan harga untuk satu set lengkap sekitar 90,000 yen (kira-kira RM3,300).

“Harga yang terlalu mahal hanya untuk pakaian seragam sekolah untuk kanak-kanak kecil yang membesar dengan cepat,” salah satu lagi kritikan ibu bapa yang diberikan terhadap harga uniform sekolah tersebut.

Ahli parlimen pembangkang, Manabu Terada turut membangkitkan mengenai isu itu semasa dalam sesi perbincangan parlimen, menimbulkan persoalan tentang perkara logik seperti pakaian seragam sekolah yang mahal.

Ia khasnya di sekolah awam dengan pelajar daripada latar belakang pelbagai keluarga hidup sederhana. Ditanya isu tersebut, Menteri Kewangan, Taro Aso, yang juga dikenali dengan jenamanya sendiri, Savile Row, beranggapan:

“Penerapan pakaian ini adalah agak sedikit mahal untuk pelajar sekolah rendah. Ia mungkin cukup bermasalah jika pelajar itu tidak mampu untuk membelinya,” tambah beliau apabila ditanya pihak media untuk memberi komen.

Jenama Armani dari Itali itu dilaporkan sebenarnya cuba untuk mengekalkan prestij nostalgia mereka khususnya di Jepun, yang pernah mengecapi kepesatan ekonomi negara tersebut pada suatu masa lalu.

Namun waktu tersebut sudah laman pun berlalu dan tinggal kenangan menjadi lipatan sejarah, sekali gus menyebabkan pakaian seragam mahal itu sudah tidak sesuai dengan penduduk negara berkenaan.

“Pakaian seragam sekolah itu lebih mahal berbanding dengan sut yang saya pakai ketika ini,” kata salah seorang pengkritik merungut kepada media tempatan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori