Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pondok Telefon Jadi ‘Rumah’...

SEJAK empat bulan lalu, seorang lelaki gelandangan menjadikan sebuah pondok telefon sebagai kediamannya...

Pelancong Tersangkut Di Pokok...

SUASANA di Batu Ferringhi dekat George Town, pada Isnin menjadi cemas apabila dua...

2 Beradik Dihukum Penjara...

KUALA LUMPUR - Dua beradik hari ini masing-masing dijatuhi hukuman penjara sehari dan...

PRU15: Syor Hari Pengundian...

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan mengesyorkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dilaksanakan...

“Selagi Cincin Bersama Elfira, Kami Masih Tunang” – Sufian

BEBERAPA hari ini kita dihebohkan dengan berita mengenai status hubungan antara penyanyi, Sufian Suhaimi dengan pelakon, Elfira Loy yang menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen.

Memetik laporan BH Online pada Sabtu, ibu kepada Elfira iaitu Filzah Yusoff mengesahkan bahawa tali pertunangan antara pasangan itu telah terlerai baru-baru ini.

Bagaimanapun, Filzah enggan mengulas lanjut berhubung hal itu sebaliknya memberitahu dia percaya bahawa setiap apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri.

Baca: Sufian Suhaimi, Elfira Loy Sah Putus Tunang

Meskipun begitu, Sufian dikatakan tetap berpegang pada prinsip pertunangannya dengan Elfira belum berakhir selagi cincin yang diberi masih bersama aktres itu.

Memetik laporan mStar Online, Sufian menerusi pengurusnya, Mahadhir Mohamad berkata hubungannya tidak mempunyai sebarang masalah kecuali ada campur tangan daripada pihak ketiga.

“Dia berpegang kepada prinsip selagi cincin masih bersama Elfira mereka masih bertunang. Katanya dia dengan Elfira tiada masalah kecuali ada pihak ketiga,” kata Mahadhir.


Tambah Mahadhir lagi, pelantun lagu Terakhir itu akan tampil memberi kenyatan berhubung isu berkenaan menerusi laman sosial Instagram apabila tiba masanya kelak.

Malah Sufian dikatakan akan jawab berhubung dakwaan kononnya ibu Elfira terasa hati dengan kenyataannya di Instastory yang mengatakan wanita itu adalah orang ketiga dalam hubungan mereka. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori