Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PRN: Calon PKR, DAP...

KUCHING - Kajian penganalisis politik tempatan mendapati, kepimpinan DAP dan PKR sebagai kerajaan...

Hindari Isu Integriti Walau...

PUTRAJAYA - Isu integriti walau sekecil mana sekalipun perlu dihindari kerana ia boleh...

Manifesto BN: Teks Penuh...

Teks ucapan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sempena...

Peruntukan PBT Disemak Jika...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menilai semula peruntukan bagi...

Selamat Tinggal Baitullah, Semoga Jumpa Lagi

TEPAT 9.30 pagi waktu Arab Saudi, 25 jemaah TV AlHijrah berangkat ke Madinah bagi program ziarah. Esok hari terakhir kami di Masjidil Haram selepas menyempurnakan empat kali umrah.

Bermakna malam ini selepas solat fardu Isyak, kami akan menunaikan tawaf wada. Saat-saat sayu mulai dirasakan. Jemaah mula menzahirkan rasa sebak dan sedih untuk meninggalkan Baitullah dan Tanah Haram.

Rindu pada kaabah sudah mula dirasakan, meskipun hati dan jasad kami masih Masjidil Haram. Malam ini, kaabah menjadi saksi sembah sujud kami buat kali terakhir.

Hari pertama menjejakkan kaki di Tanah haram, pelbagai perasaan menyelinap dengan rasa debarnya dan gerun untuk melihat kaabah. Nyata perasaan kami ketika ini amat berbeza. Ya..berat hati.

Azan Maghrib dari Masjidil Haram diiringi hujan renyai yang turut mambasahi Kiswah Kaabah. Ini hujan pertama selepas tujuh hari di Makkah.

“Beribadahlah puas-puas dan kutiplah pahala pahala sunat selagi mana kita belum meninggalkan tanah suci.” Itu pesanan dari petugas Rayhar Travel.

Langkah tawaf diatur perlahan sambil menitip doa ke arah Kaabah. Hati merintih agar Allah tidak menjadikan umrah ini sebagai yang terakhir.

Assalamualaika Ya Rasulullah.

Kesedihan meninggalkan Makkah terubat sebaik tiba di Madinah. Kami akan melawat kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW.

Assalamualaika ya Rasulallah. Ya Habiballah.


Ucapan salam kami hulurkan ketika melihat Kubah Hijau, Masjid Nabawi. Di bawah kubah ini bersemadi jasad Rasulullah. Sejahteralah kamu wahai Muhammad, isteri-isteri, para sahabat dan anak-anak baginda.

Sama seperti Masjidil Haram, bersolat di Masjid Nabawi digandakan 1,000 kali ganda pahala.

Raudhah: Tenang Dalam Sesak

“Melayu duduk, Melayu duduk….”

Suara Petugas Keselamatan Masjid Nabawi bergema. Ini bagi memastikan jemaah TV AlHijrah mengambil giliran masuk kawasan Raudhah. Ruang doa paling mustajab bersebelahan Makam Rasulullah.

Sangat sesak keadaannya dengan jemaah seluruh dunia. Raudhah impian semua jemaah untuk masuk dan duduk berdoa. Justeru, kesabaran amat penting.

Seperti dijangka, sekalipun memasuki Raudhah, keadaan di dalamnya sesak. Suasana tidak semudah yang disangka. Jemaah perlu mencari ruang untuk berdiri dan bersujud.

Di balik celahan jemaah dari pelbagai negara, masing masing ingin mendapatkan saf hadapan. Kami menikmati suasana Masjid Nabawi. Hari terakhir sebelum berangkat pulang.

Kategori