TAK senonoh. Seorang penumpang pesawat Ural Airlines yang dalam perjalanan dari Antalya, Turki ke Moscow, telah memperlihatkan perangai yang menjelikkan apabila dia mengeringkan seluar dalamnya menerusi saluran udara di atas kepalanya.
Perbuatan wanita yang tidak dinamakan itu telah dirakamkan. Dia menghabiskan masa selama 20 minit sambil memegang seluar dalam berkenaan.
Meskipun dipandang oleh penumpang lain, dia langsung tiada rasa malu malah selamba sahaja.
Salah seorang penumpang dalam penerbangan berkenaan menyatakan dia terkejut dengan perbuatan wanita itu.
“Semua orang melihat dengan penuh minat dan keliru, tetapi kami mendiamkan diri,” katanya.
Video itu telah dikongsi dalam media sosial namun ada juga yang mempertahankan perbuatan wanita terbabit.
Malah ada yang menyatakan seluar dalam itu mungkin kepunyaan anaknya.
Namun ramai yang tidak suka dengan perbuatannya itu. – MYNEWSHUB.CC