SEMPENA ulang tahun kelahiran Nur Sajat ke-33 pada Jumaat lalu, usahawan kosmetik itu berkongsi impian iaitu berharap agar tiada lagi yang bermusuh dengan dirinya.
Selain itu, usahawan itu turut memasang impian untuk terus maju dalam apa jua bidang yang diceburi.
“Impian saya adalah untuk terus maju dalam semua segi. Saya juga nak bekerja dan hidup dengan tenang tanpa ada musuh atau bergaduh dengan sesiapa,” katanya seperti dipetik Harian Metro, hari ini.
Ujar Sajat lagi, meskipun sering menerima kecaman hebat daripada masyarakat namun beliau tetap tabah dalam menghadapi segala cabaran itu.
“Walaupun saya dilempar dengan pelbagai tuduhan dan kata-kata negatif, saya terus kuat bertahan. Orang sentiasa cuba mencari kesalahan saya dan mengaibkan saya dengan pelbagai kecaman.
“Namun, saya bersyukur kerana keluarga dan kawan-kawan rapat tak pernah berhenti memberikan sokongan kepada saya,” ujar Sajat.
Dalam perkembangan lain, Sajat dikatakan bakal muncul dengan single terbaru bertajuk Makhluk Penggoda tidak lama lagi. – MYNEWSHUB.CC