Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pelajar Lepasan SPM Maut,...

AJAL maut sememangnya ketentuan Ilahi.Niat seorang pelajar lelaki lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...

KL2017: Suar Antara Barang...

KUALA LUMPUR - Polis akan memperketatkan kawalan di venue Sukan SEA bagi memastikan...

Tewas di Iraq: Daesh...

SEJAK Daesh dikesan aktif di Malaysia mulai 2013, Bukit Aman berjaya menggagalkan 14...

Dapat Cium Hajar Aswad,...

WALAUPUN baru dua tahun penyanyi ini memeluk Islam, nampaknya rezeki Marsha Milan untuk...

Serigala Dinamakan Trump, Petani Sanjung Presiden AS

SETIAP kali nama Donald Trump disebut, setiap individu pasti mempunyai pandangan mereka sendiri mengenai Presiden Amerika Syarikat tersebut.

Bagi Hysni Rexha, seorang penternak dari Kosovo, apabila berjaya menjinakkan empat serigala liar dari hutan, dia tidak teragak-agak untuk menamakan seekor daripadanya dengan nama Trump.

Jelanya, nama Trump diberi kepada seekor serigalanya kerana haiwan itu sangat bertenaga dan bijak.

“Saya memelihara beberapa serigala, namun yang satu ini sangat bertenaga dalam apa jua yang dilakukannya dan bijak,” katanya yang mempunyai ladang ternakan di kawasan barat Kosovo.

Rexha, yang suka dianggap sebagai seorang doktor haiwan, mengakui sangat mengagumi Presiden Amerika Syarikat tersebut, menamakan dirinya ‘Alfa Wolf’ dan serigala yang bernama Trump itu sebagai ‘timbalan’.

“Saya kagum dengan (Presiden) Trump, beliau sangat bertenaga, beliau beri arahan dan berani, itulah sebabnya saya menamakan serigala saya Trump kerana saya ingin ia melakukan perkara yang sama.

“Beliau tidak mengikut telunjuk orang, beliau mempunyai gaya sendiri dan melakukan misinya,” katanya memuji Prseden Trump.

Selain serigala, haiwan lain yang turut menjadi ternakan Rexha adalah ayam, burung merpati, kuda, lembu, burung helang serta merak.


Dalam satu kajian yang dilakukan Gallup International bagi melihat bagaimana individu menilai prestasi pegawai pemerintah Amerika Syarikat, Kosovo berada di tangga pertama dengan 75 peratus rakyatnya menyokong pentadbiran Trump.

Ini disebabkan Washington merupakan sekutu terkuat Kosovo dari segi politik dan ekonomi.

Menariknya, ramai rakyat Kosovo menamakan anak lelaki mereka ‘Klinton’ sebagai tanda hormat kepada bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton.

Tanda hormat tersebut dilakukan  kerana Clinton merupakan presiden yang memainkan peranan utama dalam campur tangan NATO menentabg Serbia pada tahun 1999 yang membawa kepada kemerdekaan Kosovo.

Selain itu, nama Clinton juga diabadikan di satu jalan raya di ibu kota Pristina serta terdapat juga satu jalan lagi di sana yang dinamakan sempena mantan Presiden George W Bush. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori