Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditemui Lemas Selepas...

HULU TERENGGANU - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lepas ditemui...

Najib Hadir Sambutan Aidilfitri...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri majlis...

“Saya Pemaaf, Tak Akan...

MELAKA TENGAH - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak akan dipecat daripada Parti...

Faktor Luaran Antara Penyebab...

KUALA LUMPUR - Keadaan ekonomi negara yang mencabar pada masa ini sehingga meningkatkan...

Shazelina Serah Watikah Pelantikan Duta Besar

DAKAR – Republik Senegal, sebuah negara di Afrika Barat, berminat meluaskan kerjasama dengan Malaysia, termasuk berkongsi kepakarannya dalam sukan bola sepak, setelah melayakkan diri ke kejohanan Piala Dunia bagi kali kedua.

Duta Besar Malaysia ke Senegal, Dr Shazelina Zainul Abidin, berkata tawaran itu disampaikan Presiden Senegal Macky Sall, ketika beliau mengucapkan tahniah kepada Senegal atas kejayaan negara ini melayakan diri beraksi pada kejohanan Piala Dunia bagi kali kedua semasa beliau menghadap Presiden Macky Sall di sini Jumaat lepas.

“Presiden menawarkan untuk berkongsi kepakaran Senegal dalam sukan bola sepak sebagai sebahagian daripada kerjasama yang akan ditingkatkan, termasuk kemampuan perkhidmatan transit massa dan pembangunan sektor minyak dan gas Malaysia.

“Beliau juga berkata kedudukan Malaysia sebagai hab pendidikan menarik kehadiran banyak rakyat Senegal dan berharap lebih banyak pelajar mengikuti pengajian di kolej serta universiti di Malaysia,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini pada Selasa.

Pada Jumaat, Shazelina menyerahkan watikah pelantikan beliau kepada Presiden Macky Sall dalam upacara penuh istiadat diplomatik dan protokol negara.

Semasa upacara itu, Shazelina memeriksa perbarisan kawalan kehormat dan diberi sambutan rasmi ke republik yang mempunyai kira-kira 15 juta penduduk ini oleh Presiden Macky Sall. Shazelina diiringi Ros Faizi Rosli, setiausaha kedua Kedutaan Malaysia di Dakar.

Shazelina juga menyampaikan ucap selamat Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, kepada Presiden Macky Sall dan seluruh rakyat Republik Senegal.

Semasa upacara menghadap itu, kedua-dua pihak menyentuh tentang tahap kerjasama Malaysia-Senegal serta sependapat bahawa masih banyak bidang yang boleh diperluaskan. Menteri Hal Ehwal Luar Senegal Sidiki Kaba turut hadir.

Ketika membayangkan bahawa bandar raya baharu Senegal yang sedang dirancang, Diamniadio, akan dibina mengikut model Putrajaya, presiden itu juga mengimbau kenangan beliau semasa melawat Malaysia pada 2003 ketika menyandang jawatan Menteri Tenaga serta bercerita tentang lawatannya ke Kuala Lumpur danTerengganu.


Presiden Macky Sall juga gembira apabila dimaklumkan bahawa projek monorail serta laluan tren yang menghubungkan Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL dan Kuala Lumpur, telah siap dilaksanakan, manakala laluan MRT yang menghubungkan beberapa tempat penting di Greater Klang Valley pula dijangka siap menjelang 2025.

Malaysia dan Senegal mula menjalin hubungan diplomatik pada 1986. Kedutaan Malaysia membuka pintunya di Dakar pada 1992, manakala Senegal menubuhkan kedutaannya di Kuala Lumpur pada 2002.

Shazelina adalah Duta Besar ketujuh Malaysia ke Senegal, yang juga ditauliahkan ke Burkina Faso, Mali, Gambia dan Cabo Verde.

Beliau berkelulusan ijazah doktor falsafah dalam bidang hubungan antarabangsa dari University of Sheffield dan menjadi felo penyelidik kehormat universiti itu hingga kini.

Sebelum dihantar bertugas ke Senegal, Shazelina adalah penasihat kedutaan di Pejabat Wakil Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa Bersatu (2007-2011) dan setiausaha kedua di Kedutaan Malaysia di Washington DC (2001-2002).

Beliau juga pernah menyandang jawatan Setiausaha Bahagian, Bahagian Hak Asasi Manusia, Kementerian Luar Malaysia, ketua bahagian komunikasi dan diplomasi awam dan memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Dasar dan Penyelarasan kementerian itu sebelum berlepas ke Senegal. – BERNAMA

Kategori