Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Marin Tahan 69...

JOHOR BAHARU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan 69 pendatang asing...

Tiga Orang Maut Dirempuh...

BEIJING - Tiga orang maut selepas sebuah bot yang ditunda di belakang kenderaan...

JKDM Giat Laksana Usaha...

PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan menggerakkan usaha untuk mengecilkan jurang...

Pelaburan Tambahan Finisar Tingkat...

PASIR SALAK - Pelaburan tambahan sebanyak RM400 juta oleh Finisar Corporation bagi kilangnya...

Shell Jangka Kurang Bekalan LNG Lonjakan Permintaan

KUALA LUMPUR – Shell berkata bekalan gas asli cecair (LNG) mungkin menghadapi kekurangan pada pertengahan 2020 berdasarkan unjuran permintaan semasa.

Dalam laporan Outlook LNG tahunannya, Shell berkata melainkan ada komitmen baharu pengelauran LNG dilaksanakan segera, kekurangan bekalan.mungkin berlaku.

“Pasaran LNG terus melepasi jangkaan banyak pemerhati pasaran, dengan permintaan meningkat 29 juta tan kepada 293 juta tan pada 2017,” katanya.

Laporan itu menyebut Jepun kekal sebagai pengimport LNG terbesar dunia pada 2017, manakala China bergerak ke tempat kedua apabila importnya melonjak melepasi Korea Selatan.

Jumlah permintaan ke atas LNG di China mencecah 38 juta tan metrik, hasil daripada pertumbuhan ekonomi berterusan bagi mengurangkan pencemaran udara tempatan melalui penukaran arang ke gas, katanya.

“Kami masih mendapat permintaan yang ketara daripada pengimport tradisional di Asia dan Eropah, namun kami juga melihat LNG menyediakan bekalan tenaga yang fleksibel, boleh dipercayai dan bersih untuk negara-negara lain di seluruh dunia,” kata Maarten Wetselaar, Pengarah Tenaga Baharu, Gas Bersepadu di Shell.

Beliau berkata di Asia sahaja, permintaan meningkat sebanyak 17 juta tan, hampir sama seperti yang dihasilkan oleh Indonesia, pengeksport LNG kelima terbesar di dunia, pada 2017.

Laporan itu juga menyatakan LNG memainkan peranan yang semakin besar dalam sistem tenaga global sejak beberapa dekad lepas. Sejak 2000, bilangan negara yang mengimport LNG meningkat empat kali ganda dan jumlah negara yang membekalkan hampir dua kali ganda.


Ia berkata dagangan LNG juga meningkat daripada 100 juta tan pada 2000 kepada hampir 300 juta tan pada 2017 – gas yang mencukupi untuk bekalan sekitar 575 juta rumah.

Pada 2017, byat pertama kalinya angka kargo LNG yang dijual mencecah 1,100, bersamaan tiga kargo yang dihantar setiap hari, kebanyakannya bekalan baharu dari Australia dan AS, katanya.

Shell berkata ketidaksepadan antara keperluan pembeli dan pembekal semakin meningkat dengan kebanyakan pembekal masih mencari jualan LNG jangka panjang untuk mendapatkan pembiayaan, manakala pembeli LNG mahukan kontrak yang lebih pendek, lebih kecil dan lebih fleksibel supaya mereka dapat bersaing dengan lebih baik dalam pasaran tenaga dan gas hiliran.

Keadaan ini perlu diselesaikan bagi membolehkan pemaju projek LNG membuat keputusan pelaburan akhir untuk memastikan terdapat bekalan bahan bakar yang lebih bersih untuk ekonomi dunia. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • LNG

Kategori