MULUT manusia ni memang susah nak tutup, ada saja tindak tanduk orang lain yang mahu dipersoalkan dan dicari kesalahan.
Khai Bhar atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin, terkilan dengan dakwaan seorang pengguna Twitter kononnya dia pulang awal selepas tamat acara Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) pada Ahad lalu.
“Khai akui sedikit berkecil hati apabila ada seseorang menulis di Twitter mengatakan Khai balik awal dan tahun depan tak perlu masuk AJL lagi sebab semak,” katanya dipetik daripada mStar Online.
Menurut Khai, ketika itu dia masih lagi berada di sekitar Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil bagi meluangkan masa bersama beberapa peminatnya selepas berakhir acara siaran langsung tersebut.
“Untuk makluman, Khai balik paling lambat dan pukul 3 pagi baru Khai pulang ke rumah, ketika itu tinggal beberapa orang sahaja di dewan.
“Sampaikan berasa kasihan kepada pengurus sebab terpaksa menunggu lama, sebab itu Khai nak memperbetulkan dakwaan tersebut,” tambahnya lagi.
Malah, ramai saksi kejadian yang turut mengakui bahawa sektar jam 3:30 pagi, Khai masih berada di stadium untuk bersama dengan peminatnya.
Namun, tohmahan murahan seperti itu sama sekali tidak meninggalkan luka di hati penyanyi lagu Luluh itu walaupun menerima kritikan daripada netizen tentang penyapaian lagu Bayang pada malam tersebut.
Selain itu, penyanyi yang mendapat gelaran King of Smule itu tetap berpuas hati dengan persembahan all out dan turut menerima segala keputusan yang telah ditetapkan oleh juri.
“Biarlah orang nak kritik apa pun sebab Khai dah buat yang terbaik dan berpuas hati dengan persembahan malam itu. Khai juga manusia biasa tak boleh lari daripada kesilapan diri.
“Khai tak pernah berharap jadi juara, kalau menang itu rezeki dan tak melawan takdir. Insya-Allah, Khai percaya rezeki itu ada di mana-mana.
“Apa yang Khai lakukan ini ikhlas untuk peminat dan sokongan yang mereka beri membuatkan Khai menjadi lebih bersemangat untuk menjadi seorang penghibur,” tambahnya lagi.
Dengaan Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung, sekaligus membawa pulang telefon bimbit Samsung Galaxy A8 berserta trofi dan ianya telah menambah koleksi trofinya sepanjang melibatkan diri dalam industi muzik.
Trofi itu merupakan trofi ke-12 yang telah dimiliki oleh Khai, antara anugerah yang pernah diperoleh sepanjang dua tahun berkecimpung sebagai penyanyi ialah Artis Baru MeleTOP pada Anugerah MeleTOP Era 2017, dua trofi pada Anugerah Bintang Popular 2017 (ABPBH), Anugerah Planet Muzik 2017 (APM) bagi kategori Lagu Paling Popular APM (Bayang) serta Artis Paling Popular dan lima trofi dalam Anugerah Top Hot 2017.
Bagaimanapun diharapkan semoga Khai mampu menepis segala kontroversi mahupun tuduhan yang tidak berasas sepanjang membina nama dalam indusrti. – MYNEWHUB.CC/ AH