Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Anak Peneroka Felda Calon...

GENERASI kedua Felda Mohd Sharim Md Zain diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN)...

Teaser Ringkas Untuk Samsung...

Samsung dan Barnes & Noble telah mengumumkan kerjasamanya dalam penghasilan sebuah tablet khusus,...

TNB Bina 7 Rumah...

KANGAR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan membina tujuh rumah untuk golongan asnaf...

KR1M 2.0 Dijangka Dilancarkan...

SHAH ALAM – Kerajaan dijangka melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 pada 31...

Sindiket Edar Dadah Di Kawasan Seremban Tumpas

SEREMBAN – Polis menahan tujuh lelaki dan tiga wanita tempatan yang disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM20,500 dalam Ops Khas di kawasan Senawang, Bandar Sri Sendayan dan Mambau di sini pada Rabu dan Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supt Mohd Faisal Yahya berkata dalam operasi dijalankan bermula 10 malam hingga 6.13 pagi itu hasil maklumat dan risikan dilakukan, polis menyerbu dua rumah dan menahan sebuah kereta.

“Seramai tujuh lelaki dan tiga wanita berusia 23 hingga 46 tahun disyaki pengedar dadah ditahan. Mereka ini merupakan pengedar yang aktif di kawasan Seremban. Hasil pemeriksaan, polis merampas pelbagai jenis dadah iaitu syabu seberat 173 gram, heroin (163.7 gram), 190 biji pil Eramin 5 (55 gram) dan ketamin (4.5 gram) dianggarkan bernilai RM20,500,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya susulan penahanan itu, pihaknya turut menyita tiga kereta, barang kemas dan wang tunai milik suspek berjumlah lebih RM77,000.

Katanya ujian saringan air kencing mendapati ada antara suspek positif dadah, malah turut mempunyai rekod jenayah lampau.


“Semua suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya. – BERNAMA

Kategori