Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Game Over Pakatan Harapan

Sah, tindakan terdesak saat akhir Pakatan untuk menjadi kerajaan semula adalah sia-sia walau pun dakwaan mereka memiliki 114 kerusi itu mungkin benar. - MYNEWSHUB

GAMBAR : Gadis Ditetak...

Gara-gara cuba mempertahankan beg tangan dan telefon bimbit seorang gadis terpaksa menanggung kesakitan...

Sesi Persekolahan Bersemuka Hanya...

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin memaklumkan hanya sekolah di negeri-negeri...

UM Tempat Ke-70 Dalam...

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya terus melakar kejayaan apabila berada di tempat ke-70...

Single Baharu Sufian Bukan Tuju Untuk Elfira…

KISAH mahligai impian tak kesampaian antara penyanyi Sufian Suhaimi dengan Elfira Loy membuatkan ramai netizen turut bersimpati atas apa yang telah terjadi sejak minggu lalu.

Baca: Sufian Tidak Lagi Menaruh Harapan Terhadap Elfira

Juga: Sufian Suhaimi, Elfira Loy Sah Putus Tunang

“Ada pepatah Inggeris berbunyi, ‘a broken heart creates a masterpiece’,” kata Sufian.

Walaupun masih dalam keadaan bersedih , Sufian Suhaimi, 26, masih tetap akan melancarkan lagu baharunya yang berjudul Di Matamu tidak lama lagi.

Namun, penyanyi itu manafikan beberapa dakwaan yang menyifatkan bahawa lagu berkenaan memang ditujukan istimewa kepada bekas tunagnya, Elfira.

“Saya ingin berkongsi apa yang saya rasa melalui lagu. Cuma single keempat saya ini tidak ditujukan kepada mana-mana pihak atau berkaitan dengan kisah putus tunang.

“Komposer lagu ini yang juga rakan saya, Sirkhan tahu banyak mengenai kehidupan saya. Kiranya lagu ini diilhamkan dari apa pernah saya ceritakan kepadanya. Genre lagu ini lebih kepada ‘powerful ballad’, katanya dipetik daripada Harian Metro.

Tambahnya, lagu itu sudah lama dihasilkan sejak tahun lalu yang mana turut mengisahkan tentang pengalaman hidupnya daripada sebelum menjadi penyanyi sehingga kini.

Malah, dia turut pernah terfikir bahawa pasti akan ada sesetengah pihak akan beranggapan bahawa lagu itu ditujukan khas kepada Elfira.

Selain itu, dia turut tidak pernah menjangka bahawa akan putus tunang ketika dia baru merancang untuk melancarkan single baharunya itu.

“Sudah tentu ini semua kebetulan. Semasa lagu ini ditulis, tidak pernah bayangkan ini pengakhiran kisah cinta saya. Malangnya apa yang berlaku adalah benar dan ia begitu menyakitkan.


“Untuk apa saya nak gunakan kesempatan ini sebagai strategi memasarkan lagu? Ada banyak cara lain boleh digunakan. Saya tidak pernah terdesak ke arah itu.

“Namun begitu, saya tidak boleh menutup mulut orang untuk terus bercakap,” tambahnya yang baru sahaja selesai menamatkan pelajaran dalam peringkat sarjana di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Dalam masa yang sama, gambar pertunangan mereka turut menjadi perhatian netizen apabila Sufian menukar caption pada gambar tersebut.

“Pastinya ini menjadi hari terbaik dalam hidup saya. Saya tidak pernah menyesal mengenali dirimu, sayang,” tulisnya selepas mereka dishakan sudah putus tunang.

Elfira turut memuat naik satu gambar dia akaun Instagramnya yang turut melambangkan perasaannya ketika itu.

Kedua-dua pasangan itu mendapat perhatian netizen selepas mereka melakukan perkara tersebut.

Kebanyakan netizen bersimpati dan turut mendoakan kebahagiaan mereka dalam meneruskan kehidupan masing-masing. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori