Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PAS Jangan Jadikan Agama...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) tidak akan menyokong usaha PAS untuk...

Benjy Ditahan Di Medan...

PELAKON dan anak Allahyarhamah seniwati Azean Irdawaty, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin...

Berambut Panjang Bersebab, Kini...

NAMANYA sering disebut pada sekitar tahun 2005 selepas menjuarai rancangan pertandingan nyanyian realiti...

Volkswagen Buka Dua Lagi...

KUALA LUMPUR - Volkswagen Group Malaysia Sdn Bhd yang juga unit Volkswagen AG,...

Skandal Rasuah Badminton: 2 Pemain Disiasat BWF

KUALA LUMPUR – Dunia badminton negara gempar apabila dua pemain profesional Malaysia disahkan berada dalam siasatan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berhubung isu mengatur perlawanan.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, dua pemain didapati terlibat dalam skandal tersebut dan bukan hanya seorang seperti yang dilaporkan media tempatan hari ini dan mereka tidak berada di bawah seliaan pihaknya.

Kata Mohamad Norza, nama dan maklumat terperinci berhubung dua pemain itu tidak boleh disebarkan kerana mahu menghormati siasatan BWF.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

“Ya, kami mengetahui tentang perkara tersebut, namun kes ini dikendalikan BWF. Apa yang kami boleh sahkan adalah pemain ini digantung sementara daripada menyertai semua kejohanan.

“Perkara ini sememangnya mencalar reputasi badminton Malaysia, jadi saya ingin menegaskan bahawa BAM tidak akan bertoleransi terhadap kes mengatur perlawanan atau perjudian.

“Saya sudah memaklumkan kepada para jurulatih dan saya mahu mereka sampaikan peringatan ini kepada pemain-pemain. Ini adalah perkara serius,” katanya.

Menurut laporan New Straits Times Online, BWF mengambil tindakan menggantung sementara seorang pemain berusia lingkungan 20-an bulan lalu daripada menyertai sebarang kejohanan sementara siasatan sedang dijalankan.

Pemain itu mula dipantau badan induk badminton itu sejak Februari tahun lalu dan tindakan menggantung pemain tersebut dilakukan awal tahun ini selepas kegiatan mengatur perlawanan dilihat semakin ketara.

Kejohanan antarabangsa terakhir sebelum digantung BWF yang disertai pemain itu adalah sebuah kejohanan antarabangsa di negara jiran.

BWF dikatakan sudah memanggil pemain terbabit untuk siasatan lanjut hujung tahun lalu serta mempunyai bukti kukuh untuk membuat dakwaan ke atas pemain itu termasuk malalui hasil pemeriksaan ke atas telefon bimbitnya.


“Daripada telefon bimbitnya itu, BWF mendapati ada kandungan mesej dalam aplikasi Whatsapp yang menjurus kepada kegiatan mengatur perlawanan,” kata sumber kepada akhbar tersebut.

Laporan tersebut turut menyebut bahawa BWF mula mengesyaki kegiatan itu dilakukan oleh pemain terbabit berdasarkan gaya hidup mewah yang ditampilkan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki mengesahkan suspek yang disiasat BWF itu merupakan pemain persendirian dan bukan di bawah BAM.

“Setakat yang kami ada, dia bukan pemain dari naungan BAM. Dia adalah pemain persendirian dari Malaysia tapi bukan pemain badminton BAM.

“Namun maklumat yang kami terima masih pramatang, tetapi kami akan melihat kes ini kerana ia melibatkan salah laku rasuah,” katanya selepas ditemui pada satu program di Menara DBKL, di sini.

Kes ini merupakan kes pertama melibatkan pemain Malaysia dengan skandal mengatur perlawanan dan mengikut peraturan BWF, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penggantungan seumur hidup.

Sebutan kes tersebut akan diadakan BWF di Singapura hujung bulan ini. – MYNEWSHUB.CC/EZ

*Video sekadar hiasan…

Kategori