KES melibatkan pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil masih belum lagi selesai selepas dia telah mendedahkan nama tiga rakan artis yang merupakan dalang di sebalik kejadian itu.
Salah seorang individu yang terlibat ialah pelakon filem KL Gangster, Sofi Jikan yang turut merupakan rakan baik Farid yang sentiasa bersamanya selama kes itu berlangsung.
Bagaimanapun, hari ini, pelakon berkenaan telah ditahan reman selama tiga hari yang bermula pada hari ini bagi membantu siasatan polis kerana didapati positif dadah jenis ganja.
Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Hairol Azhar Mohd Ishak telah mengeluarkan perintah reman terhadap aktor yang membintangi filem Polis Evo2 itu.
Difahamkan pada malam tadi, Sofi telah diberkas ketika berada di Balai Polis Mutiara Damansara pada pukul 11 malam tadi bagi menghadiri sesi keterangan laporan yang dilakukan oleh Farid sebelum ini.
Sebelum ini, menurut Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 47, dia mengetahui keadaan kemurungan serta masalah dihadapi oleh Farid sendiri yang membuatkan pengarah berkenaan mengamuk ketika di Balai Polis Kota Damansara, awal Januari lalu.
Bagi Sofi, tuduhan yang mengatakan dia meletakkan dadah dalam minuman pelakon berkenaan berkemungkinan disebabkan rasa ‘sedang sakit’ sehingga membuatkan Farid melakukan laporan polis pada 31 januari lalu.
āSaya tahu dia sedang sakit dan apa yang sedang dialaminya. Saya kasihan padanya.
āTiada komen. Lagipun perkara ini isu sensitif dan di bawah undang-undang. Kalau saya cakap lebih-lebih, nanti orang akan tuduh juga,ā katanya dipetik daripada sebuah akhbar tempatan.
Hari ini, Sofi telah memuat naik satu gambar di akaun Instagram miliknya berkaitan isu berkenaan.
“Biar Tuhan yang tunjukkan kebenaran atas tuduhan tersebut. Wa (saya) punya sengat, fansĀ (peminat) saja yang tahu siapa wa,” tulisnya dalam ruangan caption.
Sebelum kejadian Farid ditahan, Sofi telah bersamanya dalam satu sesi Bigo Live beberapa jam sebelum kejadian.
Pelakon yang popular dengan tagline ‘Kasi Sengat’ tu juga akan disiasat di bawah akta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Selain itu, laporan polis tidak didedahkan dan Sofi juga telah dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada pagi ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman.
Farid didakwa telah memasukkan sejenis dadah dikenali sebagai THC (Tetra Hydrocannibol) ke dalam badannya pada 11 Januari lalu. – MYNEWSHUB.CC/AH