Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

MINDEF Sedia Teliti SOP...

KUALA LUMPUR : Kementerian Pertahanan (MINDEF) sedia meneliti keperluan untuk melihat semula prosedur...

Alami Sakit Saraf, Aaron...

ATAS saranan doktor, pelakon Aaron Aziz kini terpaksa direhatkan sementara waktu daripada dunia...

ASEAN, AS Komited Untuk...

KUALA LUMPUR - ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Bersama...

Remaja Sanggup Dipanah Demi...

TRAGIS, seorang remaja sanggup menjadikan dirinya sebagai sasaran untuk dipanah bagi mengumpulkan dana membantu...

SPRM Beku Akaun Bank RM3.6 Juta, Sita Kereta

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan empat akaun bank syarikat milik seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Seri’ yang ditahan semalam, bernilai RM3.6 juta.

Menurut sumber, SPRM turut menyita empat buah kenderaan mewah iaitu Toyota Vellfire, Mercedes Benz, Land Rover dan Hyundai Starex yang dianggarkan bernilai RM1.3 juta serta tiga buah televisyen bernilai RM167,900.

“Selain itu, turut disita ialah sebuah rumah bernilai kira-kira RM2.5 juta yang terletak di Petaling Jaya,” kata sumber berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan penyitaan itu dan berkata pasukan penyiasat masih dalam proses mengumpul bukti bagi membantu siasatan.

Semalam, SPRM menahan seorang ahli perniagaan disyaki menerima rasuah RM19 juta kononnya bagi mempengaruhi penutupan kes siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.


Suspek yang berumur 37 tahun itu dipercayai menerima wang berkenaan daripada sebuah syarikat selepas beliau dikatakan mampu ‘menyelesaikan’ siasatan yang dijalankan oleh SPRM.

SPRM menjalankan siasatan terhadap kajian projek terowong dasar laut di Pulau Pinang itu dan suspek berkemungkinan meyakinkan sebuah syarikat bahawa dia mampu menutup dan menyelesaikan siasatan yang dijalankan oleh SPRM. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori