Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gajah Miang Pijak Pelatih...

Bangkok - Seeorang pelatih gajah maut dipijak sebelum haiwan di bawah jagaannya itu...

Kelantan Lulus RUU Sebat...

KOTA BHARU – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan Rang...

Pembangkang ‘Putar Belit’ Tentang...

KUALA LUMPUR - Pada satu waktu mereka mencerca kononnya pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan...

Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)...

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah mewartakan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 yang berkuat...

SPRM, Polis Labuan Rangka Strategi Tangani Rasuah

LABUAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis Labuan bersetuju untuk membentuk rangka kerja strategik di masa depan dalam menangani aktiviti jenayah, unsur rasuah dan salah guna kuasa.

Pengarah SPRM Labuan Abdulamin Abdillah berkata satu sesi suai kenal dilakukan bersama Ketua Polis Labuan Penguasa Muhamad Farid Ahmad hari ini bagi membincangkan operasi bersama atau Op Bersepadu yang akan dijalankan pada masa akan datang.

Abdulamin berkata perbincangan itu juga menyentuh pelbagai elemen berkaitan rasuah termasuk kesalahan di bawah Seksyen 17(b) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, iaitu memberi apa-apa suapan kepada mana-mana ejen untuk tidak diambil tindakan kerana melakukan kesalahan berkaitan prinsipalnya.

“Satu perjumpaan yang berjaya mempererat hubungan di antara kedua-dua agensi di pulau bebas cukai ini, semoga pihak kami akan mampu menyelesaikan isu berkaitan rasuah bersama,” katanya selepas majlis perjumpaan itu di sini.

Beliau berkata pelbagai pihak termasuk media turut memainkan peranan untuk sama-sama membantu SPRM dalam usaha menangani amalan rasuah di negara ini yang perlu diteruskan bagi mencapai sasaran kerajaan supaya Malaysia berada di tangga ke-30 ke bawah dalam indeks TI menjelang tahun 2020. – BERNAMA

Kategori