Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kekasih Bekalkan Darah Untuk...

TEXAS – Ada macam-macam perangai pelik manusia. Salah satu adalah obses kepada pontianak...

Mahmud Abu Bekir Berpoligami...

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Tun Abdul Taib,...

Dibenarkan Pulang, Keadaan Siti...

SEMALAM, penyanyi Siti Sarah Raissuddin telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami tekanan darah...

Wanita Persoalkan Hari Berkabung...

JARANG sekali kita menyaksikan Istiadat Penghormatan Jenazah untuk orang awam seperti yang diterima...

SPRM Sambung Reman 3 Individu Kes Rasuah RM44 Juta

PUTRAJAYA – Tempoh reman terhadap tiga individu bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan landskap bernilai RM44 juta, dilanjutkan selama empat hari sehingga 14 Feb ini.

Majistret Izzatul Nawarrah Idrus mengeluarkan perintah sambung reman terhadap ketiga-tiga lelaki itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan itu, di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Mereka ialah timbalan pengurus besar di UEM Sunrise berusia 44 tahun serta dua kontraktor masing-masing berusia 51 dan 62 tahun.

Sementara itu, empat lagi individu iaitu seorang pengarah projek di UEM Sunrise berumur 55 tahun, pembantu wanita kepada timbalan pengurus besar terbabit yang berumur 34 tahun serta dua kontraktor berumur 44 dan 47 tahun, dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Ketujuh-tujuh individu terbabit sebelum ini ditahan reman sejak 6 Feb lepas berhubung kes tersebut yang berlaku antara tahun 2013 dan 2017.


Menurut laporan media, timbalan pengurus besar dan pengarah projek itu akan memastikan kontrak landskap di bawah seliaan mereka diberikan kepada lapan syarikat melalui tiga peringkat iaitu ‘e-Bidding’, ‘One Off Contract’ dan penyelenggaraan yang berjumlah kira-kira RM44 juta.

Laporan media juga menyebut, terdapat bayaran mencurigakan melebihi RM2.4 juta dimasukkan ke akaun bank suspek pertama dan isterinya oleh lapan syarikat kontraktor melalui empat orang proksi. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori