Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

UMNO Akan Terus Pertahan...

KUALA LUMPUR - UMNO komited untuk terus memberikan sokongan dan mempertahankan kerajaan baharu...

Fahami Sejarah Negara Supaya...

PUTRAJAYA - Fahami sejarah supaya kesilapan lampau tidak diulangi dalam memastikan keamanan negara...

Noripah Pengerusi Lembaga Pengarah...

PUTRAJAYA - Bekas Penasihat CIMB Islamic Bank Bhd (CIMB Islamic), Datuk Noripah Kamso...

Pelampung Punggung Kim K...

PEMINAT Kim Kardashian yang minat sangat dengan aset yang dimilikinya, kini boleh memilikinya...

SPRM Usaha Dekati PBT Banteras Rasuah

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang akan terus mendekati pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam usaha mengekang gejala rasuah.

Pengarahnya Datuk Azmi Kamaruzzaman berkata kesedaran bahaya rasuah perlu diterapkan terutamanya kepada penjawat awam dalam bahagian penguatkuasaan.

“PBT antara agensi yang rapat dengan orang awam kerana melibatkan aspek pembayaran seperti cukai dan penyelenggaran. Apa yang dilakukan bersifat serampang dua mata iaitu untuk kakitangan PBT supaya tidak menerima suapan dan orang awam pula jangan memberi rasuah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) dan kempen Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah (Gempur) Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha MPK Hamiza Hamzah.


Azmi berkata program Gerah dan Gempur dilancarkan serentak di seluruh negara dan di Pahang, melibatkan tiga PBT selain MPK iaitu Majlis Perbandaran Temerloh dan Majlis Perbandaran Bentong.

“Pelancarannya akan diperluaskan ke semua PBT di Pahang secara berperingkat. Setakat ini, semua 11 PBT di negeri ini telah menandatangai Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai komitmen mereka memerangi rasuah,” katanya. – BERNAMA

Kategori