Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Belanjawan 2023: Inflasi Dijangka...

KUALA LUMPUR: Kadar inflasi kekal terkawal dan dijangka mencatat antara 2.8 peratus hingga...

Hasrat Wanita Ke Arah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menghimpunkan hasrat dan...

Pakatan Kesal Guan Eng...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) yang menganggotai Pakatan Harapan kesal kerana...

Gerak Khas Musim Baharu...

KUALA LUMPUR - Drama bersiri bercorak kepolisan popular yang sudah disiarkan oleh RTM sejak...

Sri Mulyani Diiktiraf Menteri Kewangan Terbaik Dunia

JAKARTA – Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati menerima anugerah sebagai Menteri Terbaik Dunia oleh pemimpin Dubai, Sheikh Mohammad bin Rashid Al Maktoum pada acara Sidang Kemuncak Kerajaan Sedunia di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), pada Ahad (11 Februari).

Menerusi sebuah entri di dalam akaun Instagram miliknya, @smindrawati, beliau menceritakan tentang anugerah yang diberikan setiap tahun kepada individu yang dipilih sejak 2016.

“Saya mendedikasikan penghargaan ini kepada kerajaan di bawah pimpinan Presiden Joko Widodo dan 257 juta rakyat Indonesia dan 78,164 kakitangan Kementerian Kewangan yang bekerja keras untuk mengurus kewangan negeri dengan integriti dan komitmen yang tinggi terhadap negara yang bermartabat, adil, dan makmur,” katanya.

Ia adalah anugerah global yang diberikan kepada seorang menteri daripada setiap negara di dunia setiap tahun.

Proses pemilihan dan penentuan penerima dilakukan oleh agensi bebas Ernst & Young dan dianjurkan oleh Sidang Kemuncak Kerajaan Sedunia.


Sri Mulyani berkata anugerah itu diberikan atas usaha beliau melakukan pembaharuan di dalam Kementerian Kewangan.

Menurutnya lagi, Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia adalah pertemuan tahunan di Dubai yang melibatkan semua pemimpin kerajaan dari seluruh dunia dalam forum dialog global mengenai proses tadbir urus dan dasar awam serta hubungan mereka dengan teknologi, inovasi, selain topik-topik lain. – MYNEWSHUB.CC

Kategori