Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Media China Berusaha Yakinkan...

WUHAN: Ribuan warga China berhimpun di jalanan untuk meraikan Tahun Baharu ketika pihak...

Tiga Lelaki Terbabit Penyalahgunaan...

PUTRAJAYA : Polis menahan tiga individu yang menaiki van dalam keadaan mencurigakan di...

Gempa Kuat Berlaku Di...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter berlaku di Laut...

Adly Zahari Angkat Sumpah...

MELAKA - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari hari ini...

Standard WIM Diguna Pakai Operator Air, Pembetungan

PUTRAJAYA — Sebanyak 17 operator air dan pembetungan di seluruh negara akan menggunakan standard khusus, Written Instructional Materials (WIM), bagi mewujudkan tenaga kerja yang cekap dan terlatih dalam menguruskan air dan pembetungan dengan lebih efisien.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Datuk Liang Teck Meng berkata WIM yang mengandungi 17 modul standard kemahiran pekerjaan kebangsaan telah dibangunkan selama lapan bulan secara bersama oleh SPAN, Malaysian Water Academy (Mywa), rakan operator air dan pakar-pakar dalam bidang berkaitan.

“Standard khusus yang dianggap umpama ‘buku teks’ ini akan diguna pakai oleh sekitar 15,000 pekerja dari semua peringkat dalam industri air dan pembetungan seawal bulan depan,” katanya kepada media selepas sesi taklimat dan dialog kepada pihak berkepentingan berkenaan WIM di sini hari ini.

“Penggunaan WIM sebagai panduan pengurusan air dan pembetungan secara langsung akan menghasilkan pekerja yang berkelayakan dan cekap yang mana seterusnya akan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna,” katanya.

Sesi taklimat dan dialog anjuran SPAN, Malaysian Water Association dan Mywa berlangsung selama dua hari bermula hari ini mengumpulkan hampir 100 peserta dari pelbagai bidang dan latarbelakang berkaitan. – BERNAMA

Kategori