Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Demi Islam Pemuda PAS...

KUANTAN – Pemuda PAS terbuka menjalinkan kerjasama dengan sesiapa sahaja yang memahami dan...

Insiden Pencemaran Bukan Punca...

PUTRAJAYA - Punca kematian penduduk Taman Cahaya Masai, Marini Kasman bukan disebabkan oleh...

BN Perak Tampil Lebih...

IPOH - Barisan Nasional (BN) Perak bakal menampilkan lebih banyak muka baharu terutama...

Musim El Nino Punca...

ALOR SETAR - Panggilan kecemasan berhubung kemasukan ular di dalam premis kediaman didapati...

Statistik Doktor Malaysia Di UK Diragui

PUTRAJAYA – Statistik yang mendakwa terdapat 1,548 doktor Malaysia sedang berkhidmat di United Kingdom seperti dilaporkan media asing adalah diragui, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri S.Subramaniam.

Beliau berkata dahulu mungkin ramai doktor Malaysia bekerja di United Kingdom atas faktor berkaitan sejarah namun situasi berkenaan kini sudah berubah dengan jumlah yang berkhidmat sebagai doktor di negara itu semakin ‘mengecil’.

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan Kospen@Activ di kementeriannya di sini hari ini, Dr. Subramaniam berkata statistik yang dilaporkan media tempatan Britain itu tidak menyatakan umur mereka dan ia berkemungkinan terdiri daripada mereka yang telah berumur dan telah lama berada di negara berkenaan.

Berdasarkan sejarah, katanya ramai rakyat Malaysia yang menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran di United Kingdom dan tambahan pula graduan bidang perubatan dari Universiti Malaya diiktiraf oleh General Medical Council, yang sekaligus mendorong pelajar menyambung kursus di negara tersebut.

“Mereka ini yang terus bekerja di sana, yang kemudiannya menyambung pengajian bagi bergelar pakar dalam bidang tertentu, menjadikan tempoh mereka berada di sana semakin panjang,” katanya mengulas laporan mengenai doktor dari Malaysia adalah warganegara kelima paling ramai berkhidmat sebagai doktor profesional dengan National Health Care Service (NHS) di United Kingdom.

Beliau berkata kerajaan melalui Talent Corporation telah mengambil inisiatif bertemu doktor kelahiran Malaysia di United Kingdom terutama yang memiliki skil dan kepakaran tinggi serta berpengalaman luas untuk kembali berkhidmat di Malaysia di mana usaha itu telah menunjukkan perkembangan positif.


Dr. Subramaniam berkata setiap tahun kementerian menerima kemasukan 5,000 doktor baharu dengan 1,500 daripadanya adalah doktor yang tamat pengajian dan pernah berkhidmat di luar negara.

“Usaha itu juga menyaksikan kami secara berterusan menerima 40 permohonan daripada doktor warga Malaysia yang lama bekerja di luar negara untuk kembali berkhidmat di negara ini setiap tahun,” katanya tanpa menjelaskan bila trend positif itu mula berlaku.

Dr. Subramanian berkata trend tersebut didorong oleh beberapa faktor antaranya kos dan kualiti kehidupan di negara asing serta persaingan kuat dan peluang untuk mengembangkan kerjaya yang diceburi berbanding di Malaysia. – BERNAMA

Kategori