KULIM – Sepasang suami isteri maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar tebing bukit di Jalan Kulim-Serdang berhampiran simpang Politeknik Sultanah Bahiyah di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu Mohamad Iddrus Samsudin, 62, dan Halimah Mat Piah, 63, meninggal dunia di tempat kejadian setelah tersepit di tempat duduk masing-masing.
Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ahmad Nasir Jaafar ketika mengesahkan kejadian itu berkata siasatan awal mendapati kereta dipandu Mohamad Iddrus dalam perjalanan dari arah Lebuh Perdana ke Jalan Kulim-Serdang apabila terbabas di lokasi kejadian.
“Kedua-dua mangsa tersepit dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat, ” katanya kepada Bernama hari ini. – BERNAMA
*Video sekadar hiasan…