Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

ā€œAnak-Anak Pak Ishak, Tolonglah...

RUNDINGAN pagi ini kerana masih ada ahli keluarga yang enggan keluar. Pelbagai drama...

Feng Shui Banglo ‘Talak...

MARI sini semuaƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā¦ kita dengar lagi ini satu lawak kelakar terbaharu demi mempertahankan...

Projek PBAPP Pastikan Tiada...

GEORGE TOWN ā€“ Projek pemasangan paip air dasar laut berkembar dari Butterworth ke...

Militan Daesh Dakwa Tikam...

BEIRUT - Kumpulan militan Daesh hari ini mendakwa bertanggungjawab menikam sehingga mati seorang...

Suami Izreen Azminda Cerai Isteri Pertama

SETELAH beberapa bulan bernikah dengan isteri keduanya iaitu pelakon Izreen Azminda, pemuzik Ude Wahid membuat keputusan untuk menceraikan isteri pertamanya, Intan Liana.

Ude telah melafazkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur sebentar tadi pada jam 2.30 petang.

Namun, Izreen hanya memilih untuk ‘mengunci’ mulut dan enggan memberikan komen lanjut mengenai perpisahan suaminya itu kerana bimbang akan memburukkan lagi keadaan.

Jelas aktres itu lagi, dia tidak pernah mengambil tahu urusan perkahwinan pertama suaminya itu.

ā€œSaya pasti apa saja yang keluar daripada mulut saya akan diputar-belit dan dipersalahkan di kemudian hari seperti sebelum ini apabila berita pernikahan kami didedahkan. Saya tidak pernah bertanya mengenai mereka berdua.


ā€œSaya rasa itu jalan terbaik mengelak konflik. Jadi apabila mereka membuat keputusan untuk berpisah, saya juga tidak tahu puncanya. Dan saya tidak punya hak untuk ambil tahu kerana takut nanti disalah anggap dan dipersalahkan kemudian,ā€ katanya kepada Harian Metro.

Intan Liana, bekas isteri pertama.

Sebelum ini, rumahtangga Izreen dan Ude diuji hebat apabila menerima kecaman daripada masyarakat oleh kerana Ude mengahwini wanita itu tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

Malah, ramai yang menuding jari ke arah Izreen sebagai punca hubungan Ude dan Intan berantakan meskipun sudah dikurniai dua orang cahaya mata lelaki. –Ā MYNEWSHUB.CC

Kategori