SEMALAM, satu perkongsian di laman Facebook ‘Penang Kini’ melaporkan tentang kemalangan yang berlaku di jalan Cameron Highlands menghala ke Simpang Pulai.
Dalam insiden tersebut yang melibatkan empat orang mangsa, salah seorang daripadanya telah meninggal dunia.
Sebanyak empat keping gambar kemalangan yang diambil oleh mereka yang berada di tempat kejadian yang turut menunjukkan empat keping kad pengenalan kesemua mangsa yang terlibat.
Pada mulanya, perkongsian tersebut hanya dilihat sebagai sebuah laporan semasa kemalangan, namun di ruangan komen, perbincangan hangat tentang kecurangan salah seorang mangsa yang terselamat!
Seorang netizen yang menggunakan nama samaran Aynie Dvilla memberitahu kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah miliknya dan tunangnya iaitu Mohd. Izham Marzuki merupakan salah seorang mangsa.
Komen tersebut turut menjelaskan bahawa dia tidak mengenali kawan-kawan tunangnya yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut.
“Doakan mereka selamat, walaupun kereta saya hancur, mungkin Allah nak tunjuk.
“Jaga hati, jaga mata bila dah bertunang. Innalillah buat kawan dia yang saya tak kenal, mudah-mudahan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman hendaknya,” tulis Aynie.
Perkara tersebut diperkuatkan lagi apabila salah seorang netizen turut berkongsi status yang ditulis adik kepada Aynie, yang mengatakan perkara ini bukan kali pertama dilakukan Izham dan mempertikai tindakan Izham meminta maaf kepada kakak dan ayahnya.
“Bila dah jadi mcm ni baru nak merayu mintak maaf dekat kakak aku dan ayah aku?
“Tak ada guna dah benda dah terbentang depan mata dah bertunang pon gagah lagi nak bawak pompuan lain?
‘Dahla naik kereta kakak aku. Kakak aku tu tunang hang yang hang gagah bawak pompuan lain buat apa?” tulis Muhamad Izuan di laman Facebooknya.
Rata-rata komen netizen di ruangan komen tersebut memberi kata-kata semangat kepada tunang mangsa itu.
“Tabah la wahai si tunang. Kalau akak, kat hospital jugak tempik mintak ganti kereta baru. kalau boleh lagi mahal dan ucap selamat tinggal,” tulis seorang pengguna bernama Lily Ramli.
Selain komen mengecam tindakan mangsa, terdapat juga komen yang mengatakan para netizen tidak perlu masuk campur dalam hal tersebut dan menjaga adab dan bahasa.
“Kita yang tak tahu apa-apa ini doakan yang baik-baik sudah la. Tak payah la nasi tambah. Kehidupan kita akan datang pun tak tahu lagi macam mana,” tulis Khairol Azry.
Kejadian seperti ini tentu sekali akan menjadi buah mulut netizen, namun harus diingat, sensitiviti terhadap keluarga kesemua mangsa juga perlu dijaga bagi menghormati mangsa.
Jadi, bagi mengelakkan kejadian menjadi lebih keruh, lebih baik kita biarkan masalah dalaman mereka diselesaikan oleh mereka sendiri – MYNEWSHUB.CC/EZ
*Video sekadar hiasan…