MAHLIGAI cinta yang sepatutnya dibina pada bulan hadapan kini bagaikan satu impian yang tidak terlaksana buat pasangan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi.
Baca: Bapa Elfira Sudah Pulang Semula Cincin Tunang
Juga: Sufian Suhaimi, Elfira Loy Sah Putus Tunang
Lagi: “Selagi Cincin Bersama Elfira, Kami Masih Tunang” – Sufian
Selepas disahkan sudah putus tunang, kini masing-masing telah memilih jalan mereka sendiri.
Malah, kenangan ketika majlis pertunangan itu juga sudah dilupuskan buat selamanya.
Namun, penyanyi lagu Selalu Ada itu bagaimanapun tidak membuang gambar kenangannya bersama dengan Elfira ketika majlis pertunangan mereka pada 6 Oktober lalu.
Sufian hanya menukar kapsyen gambar itu kepada kata-kata yang agak menyedihkan jika difahamkan maksud di sebalik ayat itu.
“Definitely one of the best day in my life. I never regret knowing you, love. (Sudah pasti, satu daripada hari terbaik salam hidup saya. Saya tidak pernah menyesal mengenalimu, sayang (6 Oktober 2017),” tulisnya.
Pertunangan itu sudah disahkan putus selepas bapa kepada Elfira, Ahmad Sobri Ariffin memulangkan semula cincin pertunangan ketika dia berkunjung ke kediaman keluarga Sufian di Muar, Johor.
Bagaimanapun, Elfira pula telah buang kesemua gambar mereka bersama serta ketika majlis pertunangannya kerana mungkin bagi pelakon drama Kerna Syurga Bukan Percuma dia itu tidak mahu mengingati kembali kenanganya bersama dengan bekas tunang.
Malah, pelakon kecil molek itu telah memuat naik satu gambar ketika dia sedang memandang ke luar jendela sambil menulis caption yang turut agak menyedihkan seperti sedang menggambarkan perasaannya.
“Saat kau merasa jatuh, saat itu Allah sedang menangkapmu. Saat kau merasa sedih, saat itu Allah sedang memelukmu. Saat kau merasa hampa, saat itu Allah sedang mengisimu. Saat kau merasa sepi, saat itu Allah datang kepadamu.
“Saat kau merasa sakit, saat itu Allah mengubatimu,” tulisnya pada semalam dan kini gambar berkenaan mendapat tanda suka hampir 10,000 serta ramai peminat turut bersimpati dengan kisah pertunangannya itu.
Walaupun mahligai yang dirancang telah musnah, itu tidak membuatkan kedua-dua pasangan ini terus menyendiri dengan hanya bersedih sahaja.
Tetapi, mereka masih lagi meneruskan hidup seperti biasa iaitu dengan bekerja kerana yang berubah cuma status hubungan itu sahaja.
Sebagai orang luar, diharapkan netizen tidak buat spekulasi mereka yang tersendiri kerana semua yang terjadi sudah lama tertulis dan doakan sahaja yang terbaik buat mereka berdua untuk masa akan datang. – MYNEWSHUB.CC/AH