Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Malangnya Malaysia, Semuanya Mahu...

“HANYA kerana mahu nilai antarabangsa, jati diri dan identiti tergadai. Malang sungguh Malaysia,...

PM Lulus Peruntukan Segera...

KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan peruntukan segera RM50 juta untuk Johor susulan bencana banjir...

Penyanyi Rap Jerman Sertai...

PENYANYI rap Jerman, Deso Dogg atau nama sebenarnya Denis Cuspert yang menjadi penyembelih...

10 Lelaki ‘Gergasi’ Yang...

PASTI rata-rata daripada kita pernah mendengar kisah-kisah legenda gergasi semasa kecil, kan? Mungkin...

Sultan Johor Terima Replika Kayu Harley Davidson

MERAFAK SEMBAH… Sultan Johor baru-baru ini menerima sebuah hadiah ukiran kayu berbentuk motosikal berkuasa tinggi jenis Harley-Davidson daripada komuniti India negeri tersebut.

Replika berkenaan yang diukir khas dengan berat 500 kilogram menyerupai model keluaran buatan Amerika Syarikat itu diterima oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi di Johor Bahru pada kelmarin.

Memetik laman sosial Facebook rasmi baginda semalam, ia dihadiahkan oleh S. Deva yang juga ketua masyarakat India Daerah Johor Bahru mengambil inspirasi daripada program tahunan Kembara Mahkota Johor (KMJ).

Beliau yang sering mengikuti KMJ sejak lima tahun lepas kemudian menghasilkan replika tersebut dengan kayu yang diimport dari Indonesia malah dikatakan mengambil masa selama hampir enam bulan untuk disiapkan.


Replika terbabit yang berdasarkan idea daripada Deva sendiri sambil dibantu oleh rakannya, Vijay, pemilik syarikat Kumpulan Bergamo kebetulan dengan pengalaman selama 17 tahun dalam industri perkayuan tempatan.

Pada 15 Januari lalu, Sultan Ibrahim menerima hadiah replika kereta siri kartun popular kegemaran baginda iaitu Flintstones daripada Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori