Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Para 2017 Petanda Positif...

KUALA LUMPUR - Malaysia menutup kempen acara olahraga Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur...

Kadar Kesuburan Wanita Malaysia...

PUTRAJAYA - Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) bagi wanita umur reproduktif di Malaysia mencatatkan...

Singapura Catat Rekod 50...

SINGAPURA - Atlit Singapura mencipta sejarah baharu dalam tempoh dua dekad apabila kontinjen...

Jangan Terpegaruh Dengan ‘Impian...

KUCHING - Rakyat di negeri ini tidak sepatutnya terpengaruh dengan 'Impian Sarawak' yang...

Sultan Johor Titah Polis Tahan Mat Rempit Depan HSA

MURKA… Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar murka tindakan golongan mat rempit menjadikan Jalan Pantai Lido di hadapan Hospital Sultanah Aminah (HSA) sebagai medan lumba haram.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda menerima pelbagai aduan daripada pesakit di hospital tersebut yang mengalami masalah kesukaran untuk tidur berikutan terganggu oleh bunyi bising enjin motosikal mat rempit berkenaan.

Baginda menitahkan agar pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mat rempit berkenaan sekali gus menahan mereka atas kesalahan lumba haram yang menyebabkan gangguan kepada pengguna jalan raya lain.

“Berhenti daripada terlibat dalam aktiviti tidak berfaedah ini. Fikirkan mengenai ketenteraman awam dan pesakit di hospital yang memerlukan rehat secukupnya,” titah Sultan Johor.

Sultan Ibrahim bertitah almarhum anakanda, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil pernah mengalami masalah kesukaran untuk beradu pada waktu malam ketika menerima rawatan di Wad Diraja HSA berpunca daripada bunyi kuat motosikal.


Sultan Johor menegaskan lagi, keadaan itu turut sama dialami oleh menantu baginda iaitu Che’ Puan Khaleeda Bustamam sewaktu melahirkan anakandanya di hospital berkenaan.

“Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan isteri tidak dapat beradu pada waktu malam disebabkan gangguan bunyi motosikal yang berlumba dari jam 12 tengah malam hingga 3 pagi.

“Saya juga mengalami pengalaman yang sama ketika menerima rawatan di Wad DiRaja HSA,” titah baginda lagi yang turut disiarkan menerusi laman Facebook rasmi Sultan Johor. – MYNEWSHUB.CC/AM

Sumber : Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Kategori