Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

SPRM Reman 3 Pegawai...

KOTA KINABALU – Tiga pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini ditahan...

Penoreh Getah Mengaku Salah...

TAIPING: Seorang penoreh getah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan...

PBB Undi Lanjut Siasatan...

NEW YORK - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengundi hari ini untuk...

Polisi Pengajian Tinggi Negara...

BESUT - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan membuat kajian terperinci terlebih dahulu terhadap...

Suspek Kes Tembak Berusia 12 Tahun Ditahan

LOS ANGELES – Dua pelajar berusia 15 tahun cedera dalam satu insiden tembakan di sini, membabitkan suspek berusia 12 tahun.

Menurut laporan, pelajar lelaki itu ditembak di kepala, manakala perempuan itu mengalami cedera di pergelangan tangan.

Sementara itu, laporan awal menyebut seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun ditahan tetapi Ketua Jabatan Polis Sekolah Los Angeles, Steve Zipperman, berkata suspek dipercayai baru berusia 12 tahun.

Berikutan itu, paramedik dihantar di Sekolah Menengah Rendah Salvador Castro di bahagian tengah Westlake pada jam 9 pagi (waktu tempatan), sebelum dua pelajar itu dibawa ke hospital.

Pelajar lelaki itu dilaporkan dalam keadaan kritikal tetapi stabil, manakala pelajar wanita pula semakin pulih.


“Pegawai polis yang tiba di lokasi kejadian menemui beberapa mangsa dan suspek yang berjaya ditahan. Senjata yang digunakan dalam kejadian itu juga berjaya ditemui,” kata polis Los Angeles, Leftenan Chris Ramirez. – AFP/BH ONLINE

Kategori