Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Status Petugas Kontrak RTM...

KUALA LUMPUR – Kemen­terian Komunikasi dan Multi­media sedang mengadakan perbincangan dengan Radio Televisyen...

Lelaki Bernafsu Pelik, Cabut...

Wellington - Seorang lelaki New Zealand yang mempunyai nafsu pelik terhadap wanita yang...

Kastam Rampas 300 Kg...

JOHOR BAHRU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia menahan dua lelaki tempatan dan merampas...

PDRM Peruntuk RM1.5 Juta...

KOTA BHARU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi membantu...

Syafinaz Terima Pingat Panglima Mahkota Wilayah

JUTAAN tahniah diucapkan buat penyanyi bersuara soprano, Syafinaz Selamat di atas penganugerahan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk, hari ini.

Penyanyi popular menerusi lagu Ingin Bersamamu itu merupakan antara 69 individu yang disenarai sebagai penerima pingat berkenaan bersempena Hari Wilayah Persekutuan 2018.

Sepanjang bergelar anak seni, Syafinaz berjaya meraih beberapa pencapaian membanggakan termasuklah status sebagai penasihat dan ‘voice master‘ untuk Koir Kebangsaan Malaysia.

Beliau malahan pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Akademi Seni Kebangsaan (Aswara).

Beliau juga ada membuat persembahan untuk untuk Barrack Obama ketika bekas presiden Amerika Syarikat itu membuat lawatan rasmi ke Malaysia sekitar beberapa tahun lalu.


Di samping itu, memetik beberapa sumber berita melaporkan beliau juga pernah melahirkan tiga buah ambul studio iaitu Syafinaz (1989), Ingin Bersamamu (1999) dan Syyh (2002).

Sementara itu selain Syafinaz, Pengarah Muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan iaitu Mustafa Fuzer Nawi juga menerima pingat yang sama. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori