KUALA LUMPUR – “Anjing juga mengingatkan kita bahawa Malaysia benar-benar memerlukan pemimpin berintegriti dan mampu untuk melindungi masa depan rakyat dan negara”
Justeru, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam perutusan Tahun Baharu Cina hari ini meminta rakyat Malaysia mempunyai keberanian menolak pemimpin yang mengabaikan keperluan rakyat.
“Dalam usaha mewujudkan perubahan yang diinginkan, kita mesti komited dalam perjuangan untuk membina Malaysia baru.
“Peranan masyarakat Cina dalam memacu ekonomi negara adalah faktor positif yang harus digunakan,” katanya dalam perutusan itu hari ini.
Terdahulu, Mohamed Azmin berkata, Tahun Baharu Cina adalah perayaan tradisional yang cukup penting bagi masyarakat Cina.
Kata beliau, ia menandakan berakhirnya musim sejuk dan hadirnya musim bunga, sekali gus membangkitkan harapan untuk tahun baru yang bakal menjelma.
“Marilah kita menyambut Tahun Anjing dengan keberanian dan keteguhan,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC