SIAPA tidak kenal dengan penyanyi, Tajul yang juga merupakan adik kepada kepada allahyarham Achik Spin ini kan?
Namanya semakin meningkat naik sejak sebuah lagu duet bersama penyanyi, Wany Hasrita iaitu Di sini Rindu Disana Rindu mendapat tempat di hati peminat.
Baru-baru ini, Tajul dilihat hilang sabar dengan tindakan segelintir netizen yang membuat provokasi menerusi akaun Instagram miliknya.
Tajul yang memuat naik sekeping gambar memaparkan dia sedang bersolek untuk pembikinan muzik video lagu, Melamar Rindu dikatakan menjadi mangsa kecaman haters.
Susulan perkara itu, Tajul dilihat tidak hanya berdiam diri sebaliknya bertindak membalas komen-komen haters berkenaan dengan tujuan memberi pengajaran kepada mereka.
‘Perbalahan’ yang berlaku itu telah menarik perhatian ramai yang mana rata-rata menasihati Tajul agar tidak melayan komen-komen negatif berkenaan.
Sehingga kini, perkongsian Tajul itu dilihat telah meraih lebih 20,000 tanda suka dan terus menjadi perhatian di media sosial khususnya Instagram. – MYNEWSHUB.CC/AM